KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM KE ATAS KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PUTRAJAYA| Sesi kunjung hormat Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ke atas YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Jabatan Perkhidmatan Awam telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Blok C1, Kompleks C, JPA.

Delegasi diketuai oleh YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, turut disertai oleh YA Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, YAA Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri (JKSN) dan Mahkamah Syariah Negeri-negeri (MSN), Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan Pengurusan dan Pengarah BPKR JKSM.

Manakala pihak JPA pula dihadiri oleh YBhg. Datuk Azhar bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Pengarah-pengarah Bahagian Perkhidmatan & Perjawatan serta Timbalan-timbalan Pengarah.

YBhg. Dato’ Dr. KPPA mengalu-alukan kunjungan JKSM, JKSN dan MSN ke JPA serta memaklumkan perkembangan terkini berkaitan Pembangunan Kerjaya.

Beliau juga memaklumkan bahawa JPA dalam proses membuat semakan dan kajian berhubung gaji dan elaun penjawat awam, termasuk melibatkan institusi Kehakiman dan perundangan Syariah.

Selain kunjung hormat bagi mengeratkan silaturrahim, YAA Dato’ Hj. Mohd Amran turut menyampaikan intipati kunjung hormat tersebut bagi mendapatkan makluman perkembangan penstrukturan perjawatan iaitu kajian semakan semula Model perjawatan JKSN/MSN dengan mengambil kira peningkatan hierarki Mahkamah Syariah, penambahbaikan perjawatan perkhidmatan secara time based kepada Pegawai Syariah, cadangan penyusunan semula struktur organisasi dan pengukuhan perjawatan JKSM.

Turut dibincangkan bersama adalah pertimbangan penstrukturan perjawatan kepada semua warga Mahkamah Syariah sama ada melibatkan negeri gunasama mahupun bukan gunasama.

Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) juga menyokong penuh hasrat Kerajaan untuk menambahbaik skim perkhidmatan penjawat awam terutama Pegawai Syariah, pertimbangan bagi pemberian bayaran intensif Perkhidmatan Kritikal (BPIK), tambahbaik urusan kenaikan pangkat melalui pelaksanaan Time Based skim Pegawai Syariah dan pengisian kekosongan jawatan Pegawai Syariah yang berlaku sama ada melibatkan negeri gunasama mahupun bukan gunasama.

YBhg. Dato’ KPPA mewakili JPA menyambut baik cadangan yang dikemukakan tersebut dan akan membuat penelitian serta pertimbangan sewajarnya berdasarkan kepada keperluan yang bersesuaian.

Kunjung hormat ini memberi impak yang sangat positif kepada penambahbaikan dan pemerkasaan institusi kehakiman Syariah di Malaysia.

Last Updated on August 18, 2023

Kalendar JKSM

Events in September 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
September 1, 2025 September 2, 2025 September 3, 2025 September 4, 2025 September 5, 2025 September 6, 2025 September 7, 2025
September 8, 2025 September 9, 2025 September 10, 2025 September 11, 2025 September 12, 2025 September 13, 2025 September 14, 2025
September 15, 2025 September 16, 2025 September 17, 2025 September 18, 2025 September 19, 2025 September 20, 2025 September 21, 2025
September 22, 2025 September 23, 2025 September 24, 2025 September 25, 2025 September 26, 2025 September 27, 2025 September 28, 2025
September 29, 2025 September 30, 2025 October 1, 2025 October 2, 2025 October 3, 2025 October 4, 2025 October 5, 2025