KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM KEPADA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (KEWANGAN DAN PEMBANGUNAN) JABATAN PERDANA MENTERI (JPM)

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023:

Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM YAA. Dato’ Hj. Amran bin Hj. Mat Zain telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan (TKSU KP) bertempat di Kompleks Setia Perdana 8, JPM.

YAA Dato’ mengambil kesempatan untuk mengadakan perbincangan tentang perkara-perkara melibatkan portfolio Datuk TKSU (KP).

Usai perbincangan tersebut, YAA Dato’ menyampaikan penghargaan ucapan terima kasih di atas kesudian YBhg Datuk meluangkan masa menerima kunjungan hormat ini.

Turut serta dalam kunjungan hormat ini Ketua Pendaftar dan Pengarah Kanan (Pengurusan) JKSM.

Last Updated on May 30, 2023

Kalendar JKSM

Week of Jan 27th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
January 27, 2025 January 28, 2025 January 29, 2025 January 30, 2025 January 31, 2025 February 1, 2025 February 2, 2025