KURSUS PENGURUSAN AKAUN AMANAH TAHUN 2023

9 FEBRUARI 2023 (PUTRAJAYA) – Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah berjaya melaksanakan Kursus Pengurusan Akaun Amanah (Akaun Belum Terima dan Hapus Kira) Tahun 2023 pada 7 hingga 9 Februari 2023 di Makmal Komputer BTMK, Aras 4 JKSM.

Peserta yang terdiri daripada Penolong Pengarah Kanan, Penolong Pengarah, Penolong Akauntan, Pembantu Tadbir (Kewangan) BSK Seksyen Negeri seluruh Malaysia telah hadir sepanjang tiga hari kursus. Penceramah daripada Bahagian Akaun JPM telah hadir bagi menyampaikan ceramah dan memberikan panduan dalam penyediaan Akaun Belum Terima (ABT) BSK serta menerangkan prosedur pelaksanaan hapus kira berdasarkan pekeliling dan tatacara kewangan yang sedang berkuatkuasa. Para peserta turut didedahkan kepada penyediaan laporan ABT dan hapus kira melalui latihan amali, dibentangkan pada hari terakhir kursus untuk maklum balas daripada penceramah.

BSK JKSM telah mensasarkan fokus pelaksanaan hapus kira bagi ABT pendahuluan nafkah pada tahun 2023 – 2024 dan pelaksanaan kursus ini menandakan permulaan bagi pelaksanaan strategi ini. Semoga para peserta mendapat manfaat daripada kursus yang telah dilaksanakan serta dapat mengaplikasikan segala maklumat yang telah diberikan sepanjang tempoh kursus dalam pelaksanaan hapus kira pendahuluan nafkah BSK Seksyen Negeri seluruh Malaysia.

Last Updated on February 9, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Melaka
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Penang
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Perak
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah