LAWATAN DELEGASI JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG (SALSOC), AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA (UM)

18 Januari 2023| Satu lawatan dari delegasi Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya ke JKSM telah diadakan pada petang ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, JKSM.

Lawatan ini terdiri daripada 62 orang para pelajar Jabatan Syariah dan Undang-Undang (SALSOC) yang diketuai oleh Cik Nasrin Afrina binti Afzainizam Amiza, Pengarah Lawatan Institusi Perundangan, SALSOC, UM.

YBrs. Tuan Mohammad Shahidan bin Abdul Ghapar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Latihan, telah menyampaikan taklimat kepada para pelajar berkenaan struktur pentadbiran, fungsi dan peranan JKSM. Para pelajar juga berkesempatan menyertai sesi soal jawab usai taklimat diadakan.

Para pelajar seterusnya disantuni dan dibawa melawat Studio JKSM, Mahkamah Moot dan Galeri JKSM.

Sebelum tamatnya program, delegasi SALSOC berpeluang mengunjungi perpustakaan JKSM sambil membeli bahan-bahan ilmiah seperti Jurnal Hukum dan Furu’ Al-Masa’il.

Turut hadir Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR); Puan Sofian binti Haji Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, BPKR dan Puan Roziana binti Mat Amin, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Latihan.

Unit Komunikasi Korporat JKSM selaku urusetia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua para pegawai dan kakitangan JKSM yang terlibat bersama-sama menjayakan program lawatan ini.

Last Updated on January 18, 2023

Kalendar JKSM

Events in June 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 26, 2025 May 27, 2025 May 28, 2025 May 29, 2025 May 30, 2025 May 31, 2025 June 1, 2025
June 2, 2025 June 3, 2025 June 4, 2025 June 5, 2025 June 6, 2025 June 7, 2025 June 8, 2025
June 9, 2025 June 10, 2025 June 11, 2025 June 12, 2025 June 13, 2025 June 14, 2025 June 15, 2025
June 16, 2025 June 17, 2025 June 18, 2025 June 19, 2025 June 20, 2025 June 21, 2025 June 22, 2025
June 23, 2025 June 24, 2025 June 25, 2025 June 26, 2025 June 27, 2025 June 28, 2025 June 29, 2025
June 30, 2025 July 1, 2025 July 2, 2025 July 3, 2025 July 4, 2025 July 5, 2025 July 6, 2025