LAWATAN JKSM KE KOMPLEKS KEDIAMAN KAKITANGAN AWAM (KKKA) KLIA

NILAI | YAA Dato’ Haji Mohd. Amran Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah mengadakan lawatan ke Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA), Nilai, Negeri Sembilan pada hari ini.
Bersama beliau dalam lawatan tersebut adalah Puan Mazlina Hussain, Pengarah Bahagian Latihan JKSM bersama barisan pegawainya yang terdiri daripada Tuan Mohamad Shahidan Abdul Ghapar (Ketua Penolong Pengarah), Dr. Roziana Mat Amin dan Puan Zurina Musa (Penolong Pengarah Kanan) serta Puan Ira Kartini Chairullah (Penolong Pengarah).
Lawatan ke Kem Bina Negara tersebut merupakan susulan lawatan yang dilakukan oleh YB Senator Dato’ Setia Hj Mohd. Na’im Hj Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ke kompleks berkenaan pada 18 September 2023.
Ia merupakan inisiatif JKSM dalam usaha merealisasikan hasrat kewujudan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia (AKSM).
Untuk rekod, cadangan penubuhan AKSM telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja yang ke-216 pada 19 Mac 2009 di Istana Negara.
Walaubagaimanapun, hasrat berkenaan tertangguh atas faktor ekonomi.
Inisiatif penubuhan AKSM ini telah digerakkan semula pada 2020 untuk mendapatkan peruntukan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan AKSM.
Demi mencapai maksud penubuhan tersebut, maka beberapa siri perbincangan dan lawatan telah dilakukan ke beberapa lokasi berbeza di tanah air.

Last Updated on September 27, 2023

Kalendar JKSM

Events in June 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sarawak
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sarawak
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sarawak
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Perak
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah WP Kuala Lumpur