LAWATAN TAPAK OLEH YA DATO’ MOHD AMRAN BIN MAT ZAIN KE PROJEK MAHKAMAH SYARIAH DAERAH PAPAR, SABAH

13 Februari 2023 | Susulan dari kelewatan pelaksanaan projek ini sebanyak -2.47% bersamaan 16 hari untuk kerja-kerja awalan tanah, YA Dato’ Mohd Amran bin Mat Zain telah mengadakan lawatan ke tapak bagi memantau dengan lebih dekat dan mengenalpasti isu dan masalah yang dihadapi oleh pihak kontraktor.

Bintang Kejora Sdn Bhd selaku kontraktor utama yang dilantik telah membentangkan perancangan mereka untuk menghadapi masalah di tapak dan tindakan yang telah diambil bagi mempercepatkan pelaksanaan projek ini seperti mana jadual dan tempoh masa yang ditetapkan.

Sementara itu, JKSM akan mengambil beberapa inisiatif untuk membantu pihak JKR Sabah selaku Pegawai Penguasa (SO) dan pihak kontraktor dalam mengatasi pencerobohan tapak yang sepatutnya tidak berlaku selepas tapak ini diwartakan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Turut hadir dalam sesi lawatan ini YAA Datuk Ahmad Din bin OKK Othman, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM, Puan Azlina binti Abdul Aziz, Pengarah Kanan (Pengurusan) JKSM dan Puan Surayah binti Ramlee, Ketua Pendaftar JKSN Sabah.

Last Updated on February 13, 2023

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024 July 10, 2024 July 11, 2024 July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024 July 16, 2024 July 17, 2024 July 18, 2024 July 19, 2024 July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024 July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024 July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024 July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024