MAJLIS PENTAULIAHAN PEGUAM SYARIE NEGERI PERLIS 2023

KANGAR l YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Perlis Tahun 2023 anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis.

Upacara titah pentauliahan dan penyampaian sijil Peguam Syarie telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis merangkap Yang Dipertua MAIPs dan disaksikan oleh YAB Menteri Besar Perlis, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (SUK), YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis dan YAA Dato’ KP/KHS JKSM serta dif-dif kehormat.

Untuk rekod, seramai 31 orang Peguam Syarie telah ditauliahkan Sijil Peguam Syarie Negeri Perlis 2023 pada hari ini.

Seusai majlis pentauliahan tersebut DYTM Tuanku meluangkan masa bertukar-tukar fikiran dan pandangan serta berkenan menerima sembah maklum daripada YAA Dato’ KP/KHS JKSM berkenaan perancangan aktiviti JKSM yang melibatkan kepentingan bersama dan libat urus agensi Persekutuan dan Negeri yang berkaitan, antaranya Plan Perancangan Tahun 2024-2025 sempena Tahun Melawat Perlis (TMP).

Semoga para peguam Syarie dapat melaksanakan tugas kepeguaman dengan penuh ihsan dan itqan dalam membantu pihak-pihak untuk mendapatkan keadilan di Mahkamah Syariah.

Last Updated on October 17, 2023

Kalendar JKSM

Events in July 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 30, 2025 July 1, 2025 July 2, 2025 July 3, 2025 July 4, 2025 July 5, 2025 July 6, 2025
July 7, 2025 July 8, 2025 July 9, 2025 July 10, 2025 July 11, 2025 July 12, 2025 July 13, 2025
July 14, 2025 July 15, 2025 July 16, 2025 July 17, 2025 July 18, 2025 July 19, 2025 July 20, 2025
July 21, 2025 July 22, 2025 July 23, 2025 July 24, 2025 July 25, 2025 July 26, 2025 July 27, 2025
July 28, 2025 July 29, 2025 July 30, 2025 July 31, 2025 August 1, 2025 August 2, 2025 August 3, 2025