MAJLIS PENUTUPAN IJPAM SABAH 2023

KOTA KINABALU | YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM telah berpeluang hadir ke Majlis Penutupan Ijtimak Perdana Agensi Agama seluruh Malaysia (IJPAM) 2023 bertempat di Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah.

Majlis dimulakan dengan perarakan barisan kontinjen peserta IJPAM dari negeri-negeri dan agensi² agama Persekutuan.

Majlis perasmian penutupan IJPAM 2023 telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Semoga IJPAM 2023 ini dapat mengeratkan hubungan erat kerjasama antara agensi-agensi agama di peringkat Persekutuan dan Negeri. In Shaa Allah berjumpa kembali di IJPAM 2025 di Negeri Johor Darul Takzim.

Last Updated on October 6, 2023

Kalendar JKSM

May 24, 2024