MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN SERANTAU KEKELUARGAAN ISLAM

PUTRAJAYA| YAA Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Serantau Kekeluargaan Islam anjuran JAKIM di Dewan Ibnu Sina, Masjid Putra pada hari ini.

.

Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama.

.

Persidangan yang julung-julung kalinya diadakan ini melibatkan negara serantau yang terdiri dari Brunei, Republik Indonesia dan Singapura bermula pada 21-23 September 2023.

.

Ia bakal menyaksikan 9 kertas pembentangan mengenai amalan terbaik dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh negara-negara serantau dalam menangani dan menguruskan isu-isu kekeluargaan Islam untuk dikongsikan bersama.

.

Semoga persidangan ini dapat menepati objektif penganjurannya dan menjadi jaringan kerjasama yang padu dalam kalangan negara anggota MABIMS ke arah pengukuhan institusi kekeluargaan Islam di negara-negara serantau.

Last Updated on September 27, 2023

Kalendar JKSM

May 1, 2025