MESYUARAT JAWATANKUASA LATIHAN BIL. 1 TAHUN 2022

28 Januari 2022 – Mesyuarat Jawatankuasa Latihan Bil. 1 Tahun 2022 (JKL) telah berjaya diurus setiakan oleh Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JKSM.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM dan ahlli mesyuarat terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Latihan, JKSM yang telah dilantik iaitu Pengarah-Pengarah Kanan JKSM dan Pengarah-pengarah Bahagian di JKSM.

Mesyuarat ini berperanan selaku Jawatankuasa Tertinggi untuk membincangkan perjalanan latihan di bawah seliaan Bahagian Latihan JKSM, yang mana pelanggan-pelanggan Bahagian Latihan ini adalah terdiri daripada seluruh Pegawai Syariah dan kakitangan di JKSM/JKSN/MSN/pegawai kader.

JKL turut bertanggungjawab dalam memastikan kurikulum sedia ada sentiasa ditambah baik dan kurikulum baharu diwujudkan bagi modul program latihan baharu mengikut keperluan semasa serta peraturan, undang-undang dan Hukum Syarak yang berkaitan.

Turut hadir ialah ahli dari agensi luar yang dilantik, terdiri dari Puan Zaizurina Binti Mansor dari Institut Latihan Islam Malaysia(ILIM), Tuan Mohamad Azam Bin Mahamud dari Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) dan Puan Mastura Binti Husain dari Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP).

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024 April 2, 2024 April 3, 2024 April 4, 2024 April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024 April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024 April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024