MS ISO 9001:2008
MS ISO 9001:2008
Pengenalan MS ISO 9001:2008
Tujuan
Panduan Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 dalam Sektor Awam bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman agensi-agensi Sektor Awam mengenai keperluan-keperluan standard dalam melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berasaskan standard MS ISO 9001:2008. Panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan standard MS ISO 9001:2008 yang dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia.
Latar Belakang
Pelaksanaan SPK berasaskan standard MS ISO 9001:2008 dalam Sektor Awam Malaysia adalah selaras dengan standard ISO 9000 yang ditetapkan oleh International Organisation For Standardization (ISO) dan diterima pakai oleh Jabatan Standard Malaysia melalui siri-siri standard Malaysia atau Malaysian Standard (MS). Justeru itu, sekiranya terdapat sebarang perubahan, pindaan atau pengenalan standard baru oleh ISO, maka pelaksanaan MS ISO di Sektor Awam perlu diselaraskan bagi menepati kehendak dan keperluan standard tersebut.
Selaras dengan pengeluaran standard ISO 9001:2008 dan MS ISO 9001:2008, semua pensijilan berasaskan MS ISO 9001:2000 akan luput pada akhir tahun 2010. Oleh itu, Agensi-Agensi Sektor Awam Malaysia diminta untuk mengambil salah satu tindakan berikut:
- bagi agensi yang telah mendapat pensijilan MS ISO 9001:2000, agensi berkenaan dikehendaki beralih kepada pensijilan MS ISO 9001:2008 selewat-lewatnya pada akhir tahun 2010
- bagi agensi yang belum mendapat pensijilan atau sedang dalam tindakan mendapatkan pensijilan berasaskan MS ISO 9001:2000, agensi berkenaan disarankan untuk terus mendapatkan pensijilan mengikut standard MS ISO 9001:2008; dan
- bagi agensi yang sedang dalam tindakan tetapi masih belum mendapat pensijilan MS ISO 9001:2000, agensi berkenaan dikehendaki untuk terus mendapatkan pensijilan mengikut standard MS ISO 9001:2008.
Rekod Salinan Dokumen Kualiti
BIL | NAMA | PROSEDUR | KELUARAN | TARIKH KELUARAN | CATATAN |
1. | MANUAL KUALITI | JKSM-MK | 08 | 12 November 2015 | |
2. | PENGENDALIAN KES MAHKAMAH RAYUAN | JKSM-PKU 01 | 04 | 12 November 2015 | |
3. | KAJIAN KEPERLUAN PEMBINAAN ARAHAN AMALAN | JKSM-PKU 02 | 08 | 12 November 2015 | |
4. | PEMANTAUAN PEMATUHAN ARAHAN AMALAN DI JKSN/MSN | JKSM-PKU 03 | 09 | 12 November 2015 | |
5. | KAWALAN DOKUMEN | JKSM-PKPS 01 | 09 | 12 November 2015 | |
6. | KAWALAN REKOD | JKSM-PKPS 02 | 07 | 12 November 2015 | |
7. | TINDAKAN PEMBETULAN | JKSM-PKPS 03 | 08 | 12 November 2015 | |
8. | TINDAKAN PENCEGAHAN | JKSM-PKPS 04 | 08 | 12 November 2015 | |
9. | PENGENDALIAN ADUAN DAN MAKLUMBALAS PELANGGAN | JKSM-PKPS 05 | 08 | 12 November 2015 | |
10. | KAWALAN KETIDAKPATUHAN PERKHIDMATAN | JKSM-PKPS 06 | 07 | 12 November 2015 | |
11. | AUDIT DALAM | JKSM-PKPS 07 | 07 | 12 November 2015 | |
12. | MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN | JKSM-PKPS 08 | 07 | 12 November 2015 | |
13. | PEMBINAAN MODUL LATIHAN | JKSM-PKPS 09 | 08 | 12 November 2015 | |
14. | PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN LATIHAN | JKSM-PKPS 10 | 08 | 12 November 2015 | |
15. | PENGURUSAN KHIDMAT MEJA BANTUAN ICT – HELPDESK | JKSM-PKPS 11 | 05 | 12 November 2015 | |
16. | KAWALAN PERCETAKAN | JKSM-PKPS 12 | 08 | 12 November 2015 | |
17. | PENILAIAN PRESTASI PEMBEKAL | JKSM-PKPS 13 | 02 | 12 November 2015 |
** Tarikh kuatkuasa bagi semua dokumen yang dipinda bermula 16 Ogos 2017