[language-switcher]

Sambutan Jubli Perak JKSM ke-25

Hari Ini Dalam Lipatan Sejarah

Pada hari ini bertarikh 1 Mac 1998 penubuhan JKSM melalui Waran Penjawatan Bil. 57 Tahun 1998 telah diluluskan dan berkuat kuasa. Namun begitu, pengisytiharan penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia diumumkan oleh Tan Sri Abdul Hamid bin Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 7 November 1998 dalam Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak dan Sivil.

Dalam pengisytiharan tersebut, bekas Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan iaitu Tan Sri Syeikh Ghazali bin Abdul Rahman telah diumumkan sebagai Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM.

Majlis Pelancaran Rasmi penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) kemudiannya telah diadakan pada 15 Disember 1998 bertempat di Pusat Islam Malaysia Kuala Lumpur.

 

Kalendar JKSM

May 19, 2024