Pemerkasaan wanita melalui pengukuhan institusi keluarga

WALAUPUN kita ada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), agenda pemerkasaan wanita tetap menjadi tumpuan hampir semua kementerian. Hal ini kerana wanita adalah nadi kepada semua sektor penting dalam pembinaan negara. 

Selain daripada peruntukan yang besar diberikan kepada golongan wanita dalam Belanjawan 2022, Kerajaan sebelum itu lagi telah meluluskan dan menggazetkan satu rang undang-undang bagi meminda Jadual 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.

Kenapa pindaan-pindaan ini begitu penting untuk memperkasa wanita? Pindaan ini sangat besar maknanya bagi membela bekas isteri dan anak-anak daripada bekas suami atau bapa yang culas dalam pembayaran nafkah dan mut’ah selepas perceraian.

Melalui pindaan ini antaranya, perintah Mahkamah Syariah telah diberikan kedudukan yang setaraf dengan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sivil, justeru kesukaran untuk melaksanakan perintah Mahkamah Syariah dalam mengadakan sekatan akaun bank ke atas bekas suami yang culas memberikan nafkah boleh diatasi.

Sebelum ini, ramai golongan wanita yang teraniaya kerana walaupun Mahkamah Syariah sudah mengeluarkan perintah sekatan akaun bank, institusi kewangan tidak tertakluk untuk melaksanakan perintah tersebut berdasarkan kedudukan undang-undang sebelum ia dipinda.

Usaha bagi membela golongan wanita ini telah dijayakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sebagai salah satu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama. Bahagian Sokongan Keluarga – BSK telah ditubuhkan khusus bagi menangani masalah tunggakan nafkah melalui proses penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah negeri-negeri di seluruh Malaysia.

Terkini, di bawah Piagam COVID-19, agensi-agensi agama komited untuk terus memperkasa institusi kekeluargaan. Alhamdulillah, sehingga 14 November, sebanyak 30 aktiviti telah berjaya dilaksanakan antaranya Diskusi Kekeluargaan Islam, Kelas Tafaqquh Munakahat dan Kursus Asas Rumah Tangga yang kesemuanya tertumpu kepada masyarakat awam bagi memberikan pendedahan berkenaan tanggungjawab dalam berkeluarga dan hak-hak seorang isteri dan wanita. 

Berdasarkan perkembangan yang ada, jelas bahawa agenda pemerkasaan wanita tidak sesekali dikesampingkan oleh agensi-agensi agama. Langkah dan inisiatif yang telah dirangka pula akan memberikan fokus kepada strategi pengukuhan institusi keluarga, selaras dengan anjuran Islam melalui hadis Nabi Muhammad S.A.W:

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي

“Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku.” 

(Riwayat al-Tirmidzi (3895))

Pembinaan Keluarga Malaysia tidak akan sempurna tanpa pengukuhan agenda wanita yang menjadi tiang serinya. Oleh itu, agensi-agensi agama akan terus berusaha merealisasikan agenda pemerkasaan wanita dengan memberikan tumpuan utama kepada pengukuhan institusi keluarga.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 24/11/2021

Sumber: Harakah Daily

Last Updated on Disember 10, 2021

Kalendar JKSM

Events in Januari 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Disember 26, 2022 Disember 27, 2022 Disember 28, 2022 Disember 29, 2022 Disember 30, 2022 Disember 31, 2022 Januari 1, 2023
Januari 2, 2023 Januari 3, 2023 Januari 4, 2023(1 event) Januari 5, 2023 Januari 6, 2023 Januari 7, 2023 Januari 8, 2023
Januari 9, 2023 Januari 10, 2023(1 event) Januari 11, 2023 Januari 12, 2023 Januari 13, 2023 Januari 14, 2023 Januari 15, 2023
Januari 16, 2023 Januari 17, 2023(1 event) Januari 18, 2023(3 events) Januari 19, 2023(3 events) Januari 20, 2023 Januari 21, 2023 Januari 22, 2023
Januari 23, 2023 Januari 24, 2023 Januari 25, 2023 Januari 26, 2023 Januari 27, 2023 Januari 28, 2023 Januari 29, 2023
Januari 30, 2023(1 event) Januari 31, 2023(1 event) Februari 1, 2023 Februari 2, 2023 Februari 3, 2023 Februari 4, 2023 Februari 5, 2023