PERSIDANGAN KETUA HAKIM SYARIE SELURUH MALAYSIA KALI KE-78 BIL.1 TAHUN 2023

29 𝑴𝒂𝒄 2023 (Rabu)-_ Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Persidangan Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke-78 Bil.1 Tahun 2023 pada 28 dan 29 Mac 2023 secara dalam talian melalui aplikasi _Google Meet._

Persidangan ini telah dihadiri oleh YA Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, YAA Ketua-ketua Hakim Syarie JKSN/MSN, YBrs. Tuan Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan Pengurusan, Pengarah Kanan Kehakiman serta Pengarah-pengarah Bahagian JKSM dan urusetia seramai lebih kurang 38 orang.

Persidangan selama 2 hari ini telah dimulai dengan Persidangan Ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia pada 28 Mac 2023 yang dipengerusikan oleh YA Dato’ Haji Mohd Shukor bin Sabudin.

Persidangan diteruskan pada 29 Mac 2023 dengan Taklimat Perolehan Rekod Persendirian Penjawat Tinggi Awam yang dimulai dengan ucapan aluan dari Dato’ Jaafar Sidek bin Haji Abdul Rahman, Ketua Pengarah ARKIB Negara Malaysia dan taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Zaidin bin Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah Seksyen Perancangan dan Pengurusan, ARKIB Negara Malaysia. Taklimat ini memberi penerangan berkenaan tatacara pengumpulan dan penyimpanan rekod penjawat tinggi awam.

Seterusnya pembentangan diteruskan oleh pihak MAMPU berkenaan My GDX: Platform Perkongsian Data oleh Pn Azlina binti Ali Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kerajaan Digital, MAMPU dan Taklimat Dasar Perkongsian Data Sektor Awam olen Pn. Novolin Jou, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kerajaan Digital MAMPU. Taklimat ini memberi kefahaman berkenaan dengan platform perkongsian data yang komprehensif melalui MyGDX bagi membolehkan perkongsian data merentas agensi dapat dilaksanakan dengan mudah dan selamat.

Persidangan ini ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh:

Seksyen Keurussetiaan, BPKR

Last Updated on March 29, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Melaka
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Penang
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Perak
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah