Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Profil Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Maklumat EKSA
1. EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Ia diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
2. EKSA merupakan penjenamaan semula Glossary Link Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor Awam sejak tahun 2010.
3. Lima elemen baharu telah ditambah baik dari Amalan 5S kepada EKSA bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Elemen tersebut adalah seperti berikut:
Imej Korporat
– Meningkatkan imej korporat.
– Menitikberatkan aspek keselamatan persekitaran di setiap Jabatan sektor awam
Kreativiti dan Inovasi
– Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan.
– Menggalakkan warga Jabatan untuk sentiasa berfikir di luar kotak (out of the box) bagi menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat.
Amalan Hijau
– Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau.
– Pelaksanaan program seperti kitar semula dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga ke arah penjimatan sumber.
Persekitaran Kondusif
– Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif.
– Penekanan kepada penyampaian sistem perkhidmatan, mesra pelanggan dan memberi keselesaan semasa berurusan (bagi pelanggan orang kurang upaya (OKU) kemudahan sesuai harus disediakan).
Kepelbagaian Agensi
– Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan.
Objektif Pelaksanaan EKSA
- Meningkatkan imej korporat.
- Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi.
- Menggalakkan aktiviti pembudayaan Amalan Hijau.
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif.
- Meningkatkan motivasi dan disiplin.
- Memupuk semangat berpasukan.
- Memupuk sikap bertanggungjawab.
- Amalan penambahbaikan berterusan.
Dasar EKSA JKSM
JKSM komited dalam melaksanakan EKSA secara berterusan melalui budaya kerja berpasukan dan berdisiplin dengan mengutamakan persekitaran kerja yang kondusif dan berkualiti demi meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan yang berintegriti dan efisien.
Tujuan Pelaksanaan Garis Panduan EKSA
Tujuan Garis Panduan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) diwujudkan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sebagai panduan kepada Warga JKSM bagi mengamalkan pelaksanaan EKSA serta mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, berimej korporat dan berinovasi.
Klik di sini untuk maklumat lanjut dan aktiviti EKSA JKSM.
Bulatan 4 Bulan Sabit (Hijau):
Bermaksud 4 huruf singkatan EKSA iaitu Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Warna hijau pula melambangkan EKSA yang berciri go-green dan mesra alam.
Bintang (Jingga):
Bermaksud kecemerlangan dan kualiti yang akan tercapai pasca pelaksanaan EKSA. Warna jingga adalah warna rasmi JKSM.
E.K.S.A (Biru):
Huruf E.K.S.A. berwarna biru bermaksud EKSA menjadikan JKSM sebuah jabatan berciri korporat dan professional. Warna biru juga gambaran kepuasan pelanggan dan warga JKSM terhadap impak EKSA yang berkesan.
PERSEKITARAN KONDUSIF, PERKHIDMATAN EFEKTIF
Persekitaran Kondusif:
EKSA membantu menghasilkan persekitaran yang mesra alam, mesra pekerja, pemudah cara dan meningkatkan produktiviti warga JKSM.
Perkhidmatan Efektif:
Pelaksanaan EKSA juga memberi impak terhadap kualiti kerja seterusnya menjadikan Misi, Visi dan Objektif JKSM akan tercapai dengan jayanya.