Mengenai Kami

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ditubuhkan pada 1 Mac 1998 berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Julai 1996 yang bersetuju dengan cadangan penyusunan semula Mahkamah-Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sebagai penyelaras kepada usaha-usaha penyelarasan dan penyeragaman pengurusan serta pentadbiran Mahkamah Syariah semua negeri.

Kertas kajian dan cadangan dihasilkan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara pada ketika itu. Hasil daripada kajian jawatankuasa ini telah memperakukan beberapa cadangan termasuk penubuhan Jabatan di peringkat persekutuan iaitu Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sebagai penyelaras kepada usaha-usaha penyelarasan dan penyeragaman pengurusan serta pentadbiran Mahkamah Syariah semua negeri.

Perasmian penubuhan Jabatan ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Paduka Dr Abdul Hamid bin Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 15 Disember 1998.

Pada awalnya penubuhannya, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia hanya mempunyai 15 jawatan yang diketuai oleh Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie dan beberapa orang pegawai yang terdiri daripada Ketua Pendaftar, Pendaftar, Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan beberapa orang pegawai sokongan yang lain. Kini jumlah keseluruhan perjawatan adalah sebanyak 377 merangkumi Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Pengurusan dan Profesional, Sokongan I dan Sokongan II.

Lokasi pertama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia terletak di Aras 3 Bangunan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. JKSM Kemudiannya berpindah ke Aras 3, Perpustakaan Awam Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Selepas itu, pada Jun 1999 JKSM berpindah ke Aras 6 Rumah Persekutuan Kuala Lumpur. Kemudian pada Jun 2001 berpindah ke Aras 2-3 Blok D7 Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Seterusnya bermula 2 Februari 2017 hingga kini JKSM beroperasi sepenuhnya di Blok C, Kompleks Islam Putrajaya, No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya.

Senarai Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syariah

YAA Dato' Setia Dr. Hj Mohd Na'im Bin Hj Mokhtar

1 April 2019 hingga sekarang

Tan Sri Dato' Setia Dr. Ibrahim Lembut

2010 hingga 2017

YAA Dato’ Hj. Mukhyuddin Bin Hj. Ibrahim

2017 HINGGA 17 MAC 2019


Tan Sri Sheikh Ghazali Bin Haji Ab. Rahman

1998 hingga 2010

Kalendar JKSM

September 27, 2022

Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor