Prosedur Mahkamah Mengikut Peringkat Mahkamah Rayuan

1) Pihak yang terkilan menfailkan Notis Rayuan dengan menggunakan Borang MS 29 mengikut peringkat Mahkamah dalam masa empat belas (14) hari selepas kes diputuskan bersama Kebenaran Merayu (jika perlu);

2) Sesalinan Notis Rayuan diserahkan kepada Penentang Rayuan (Responden);

3) Responden menfailkan Notis Rayuan Balas dalam Borang MS 31 dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh menerima Notis Rayuan;

4) Perayu mendapat Nota Keterangan bersama-sama Notis dalam tempoh enam belas (16) minggu dari Notis Rayuan difailkan;

5) Perayu hendaklah menfailkan Petisyen Rayuan dalam tempoh sepuluh (10) hari dari tarikh Nota Keterangan dan alasan keputusan diterima.
     – lima (5) salinan Rekod Rayuan mesti disediakan Perayu untuk Rayuan Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi;
     – tujuh (7) salinan Rekod Rayuan mesti disediakan Perayu untuk Rayuan Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan.

6) Rekod Rayuan bersama Notis diserahkan kepada Responden untuk pendengaran;

7) Pendengaran kes rayuan dimulakan;
     – dengan hujah Perayu berdasarkan Petesyen Rayuan;
     – dihujah balas oleh Responden; dan
     – didengar hujah semula Perayu (jika ada).

8) Mahkamah Rayuan membuat keputusan sama ada diakaskan, diubah, dipinda, diperintah bicara semula, dikekalkan mengikut yang berkenaan.

Bagi Kes Jenayah sahaja

1)  Tiada rayuan boleh dibuat jika seseorang tertuduh telah mengaku salah dan disabitkan atas akuan itu, kecuali tentang takat ataukesalahan hukum.

2)   Jika Perayu berada di penjara, dia bolehlah memberikan pegawai yang menjaga penjara itu suatu notis rayuan sama ada secara lisan atau bertulis dan butir-butir yang dikehendaki dimasukkan di dalam Petisyen Rayuan.

3)   Pegawai penjara itu hendaklah dengan segera menghantar notis dan petisyen itu kepada mahkamah yang keputusannya dirayu.

Last Updated on January 26, 2022

Kalendar JKSM

Events in August 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 28, 2025 July 29, 2025 July 30, 2025 July 31, 2025 August 1, 2025 August 2, 2025 August 3, 2025
August 4, 2025 August 5, 2025 August 6, 2025 August 7, 2025 August 8, 2025 August 9, 2025 August 10, 2025
August 11, 2025 August 12, 2025 August 13, 2025 August 14, 2025 August 15, 2025 August 16, 2025 August 17, 2025
August 18, 2025 August 19, 2025 August 20, 2025 August 21, 2025 August 22, 2025 August 23, 2025 August 24, 2025
August 25, 2025 August 26, 2025 August 27, 2025 August 28, 2025 August 29, 2025 August 30, 2025 August 31, 2025