QIAMULAIL PERDANA BERSAMA YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) SIRI II

13 Ogos 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah berkesempatan menyertai Qiamulail Perdana bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad di Masjid Putra, Putrajaya bermula jam 4.00pagi.

Qiamullail Siri II ini turut disertai oleh 34 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bersama 2000 orang jemaah yang lain.

Dalam tazkirah beliau, YB Menteri menegaskan bahawa pentingnya seorang pemimpin dan anggota perkhidmatan awam untuk bersujud kepada Allah. Begitu juga dengan ibu bapa dan anak-anak kerana ianya akan mendidik hati dan diri kita sebagai hamba dan menyedarkan kita bahawa Allah sentiasa Maha Melihat setiap tindakan kita.

Untuk rekod, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI telah diberikan amanah untuk menggerakkan Kempen Qiamullail dan Solat Subuh Berjemaah di Masjid dan Surau Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Tahniah kepada JAWI, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan – MSWP dan Masjid Putra, Putrajaya sebagai host pagi ini.

Last Updated on Ogos 13, 2022

Kalendar JKSM

Events in Mac 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Februari 27, 2023 Februari 28, 2023 Mac 1, 2023 Mac 2, 2023 Mac 3, 2023 Mac 4, 2023 Mac 5, 2023
Mac 6, 2023 Mac 7, 2023 Mac 8, 2023 Mac 9, 2023 Mac 10, 2023 Mac 11, 2023 Mac 12, 2023
Mac 13, 2023 Mac 14, 2023 Mac 15, 2023 Mac 16, 2023 Mac 17, 2023 Mac 18, 2023 Mac 19, 2023
Mac 20, 2023 Mac 21, 2023 Mac 22, 2023 Mac 23, 2023 Mac 24, 2023 Mac 25, 2023 Mac 26, 2023
Mac 27, 2023 Mac 28, 2023 Mac 29, 2023 Mac 30, 2023 Mac 31, 2023 April 1, 2023 April 2, 2023