WACANA EKSEKUTIF MAQASID SYARIAH TAHUN 2021

7 April 2021 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah di jemput sebagai salah seorang pembentang di dalam Wacana Eksekutif Maqasid Syariah Tahun 2021 yang diadakan di The Everly, Putrajaya.

Wacana ini telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan turut dihadiri oleh ketua-ketua agensi di bawah YB Menteri.

YAA Dato’ Setia Dr. telah membentangkan tajuk “Impak Maqasid Syariah Terhadap Kelestarian Sistem Perundangan Negara” dengan menumpukan kepada peranan maqasid syariah kepada kelestarian perundangan di Malaysia.

Peranan tersebut yang diaplikasikan bertujuan memberikan flesibiliti dalam urusan perundangan di samping menghasilkan keputusan/penghakiman yang tepat dan berpandangan jauh bagi menyerlahkan kesempurnaan perundangan Islam.

JKSM sebagai agensi penyelaras di peringkat persekutuan telah mengaplikasikan pendekatan maqasid syariah dalam penyeragaman pentadbiran keadilan di mahkamah syariah seluruh negara.

Contoh pengaplikasian tersebut adalah melalui pemerkasaan majlis sulh sebagai kaedah penyelesaian alternatif bagi menyelesaikan sesuatu kes dengan pantas selain menjimatkan masa dan kos samada kepada mahkamah atau pihak-pihak yang bertikai.

Selain itu, JKSM turut menubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang berperanan melaksanakan dan menguatkuasakan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah bagi memastikan hak diberikan kepada pihak-pihak yang berhak tanpa penangguhan.

JKSM turut menumpukan perhatian kepada aspek pengukuhan institusi kehakiman melalui peningkatan hieraki mahkamah syariah daripada 3 tingkatan mahkamah kepada 4 tingkat sepertimana yang dilaksanakan di Negeri Perak.

YAA Dato’ Setia Dr. turut menegaskan bahawa pemakaian dan penghayatan maqasid syariah dalam sistem perundangan adalah sangat penting bagi memastikan sistem kehakiman ini kekal relevan, mapan dan evergreen serta memastikan sistem perundangan ini sentiasa terkini dan tidak ketingggalan zaman.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024 February 27, 2024 February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024 March 15, 2024 March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024 March 19, 2024 March 20, 2024 March 21, 2024 March 22, 2024 March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024 March 26, 2024 March 27, 2024 March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024