WEBINAR “SIRI UNDANG-UNDANG SYARIAH” ANJURAN “ASSOCIATION OF WOMEN LAWYERS (AWL)”

14 Julai 2021 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah JKSM malam ini telah dijemput sebagai penceramah di dalam Webinar “Siri Undang-Undang Syariah” anjuran Association of Women Lawyers (AWL) menerusi aplikasi Zoom Meetings.

Webinar yang julung kali diadakan oleh AWL ini bertujuan membincangkan secara mendalam mengenai “Lafaz Cerai” dalam kalangan pasangan Muslim susulan berlaku peningkatan kes cerai sejak pandemik Covid-19 melanda negara dan dunia.

YAA Dato’ Setia Dr. menggunakan kesempatan ini untuk menerangkan tentang jenis lafaz talak merangkumi lafaz soreh dan lafaz kinayah serta berkongsi panduan apa yang perlu dilakukan seandainya suami melafazkan cerai di luar mahkamah.

Selain itu, YAA Dato’ Setia Dr. turut berkongsi tentang situasi semasa berkaitan pengoperasian mahkamah syariah syariah dalam tempoh PKP termasuk pelaksanaan perbicaraan secara dalam talian.

Menurut YAA Dato’ Setia Dr., JKSM sentiasa berusaha bagi membolehkan kes-kes di mahkamah syariah dapat didengar walaupun dalam tempoh PKP melalui permohonan yang telah dihantar kepada MKN berkaitan SOP pengoperasian mahkamah syariah dalam tempoh PKP.

YAA Dato’ Setia Dr. juga menerangkan dengan terperinci tentang perbezaan bilangan talak, jenis-jenis talak termasuk cerai fasakh dan taklik serta hak-hak para isteri merangkumi hak jagaan anak, hak lawatan, nafkah anak serta tatacara berkaitan ruju’.

Sesi webinar malam ini dimoderatorkan oleh Puan Aisha Zanariah Abdullah dan Norliza Rasool Khan dengan kehadiran peserta seramai 75 orang.

Last Updated on Disember 22, 2021

Kalendar JKSM

Events in Mac 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Februari 27, 2023(1 event) Februari 28, 2023 Mac 1, 2023 Mac 2, 2023 Mac 3, 2023 Mac 4, 2023 Mac 5, 2023
Mac 6, 2023(1 event) Mac 7, 2023 Mac 8, 2023 Mac 9, 2023 Mac 10, 2023 Mac 11, 2023 Mac 12, 2023
Mac 13, 2023 Mac 14, 2023 Mac 15, 2023 Mac 16, 2023(1 event) Mac 17, 2023 Mac 18, 2023 Mac 19, 2023
Mac 20, 2023 Mac 21, 2023 Mac 22, 2023(1 event) Mac 23, 2023 Mac 24, 2023 Mac 25, 2023 Mac 26, 2023
Mac 27, 2023(1 event) Mac 28, 2023 Mac 29, 2023 Mac 30, 2023(3 events) Mac 31, 2023(3 events) April 1, 2023 April 2, 2023