π·πΆπΉπ» π«π°πͺπ²πΊπΆπ΅ | Seksyen Sulh, Bahagian Pendaftaran Keurussetiaan dan Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan Bengkel Penyediaan Buku Panduan Kit Pembimbing Sulh Komuniti Cakna Syariah Lestari Madani yang telah berlangsung pada 9 hingga 11 Mei 2025 bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Arif Tuan Haji Mohd Asri bin Tahir, Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan.
Bengkel selama tiga hari ini melibatkan Pegawai-Pegawai Sulh dari Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Objektif bengkel ini adalah untuk membangunkan sebuah buku panduan komprehensif bagi digunakan oleh Rakan Sulh Komuniti (RSK) dalam memperkasakan program advokasi, sokongan dan intervensi awal terhadap isu-isu kekeluargaan dalam komuniti selaras dengan pendekatan penyelesaian secara aman (Sulh) mengikut prinsip syariah.
Peserta telah digerakkan dalam beberapa sesi perbincangan, sumbang saran dan penulisan draf kandungan buku panduan. Antara perkara yang diberi penekanan termasuklah struktur modul, senario kes komuniti, teknik bimbingan awal, komunikasi efektif dan aspek pematuhan syariah dalam pelaksanaan RSK.
Puan Juhaida binti Omar dari Seksyen Sulh, BPKR, JKSM telah hadir sebagai wakil jemputan dari JKSM dan turut memberikan pandangan serta input sepanjang sesi bengkel berlangsung.. Inisiatif ini dilihat sebagai satu usaha proaktif yang mampu memperluas keberkesanan amalan penyelesaian pertikaian secara alternatif (ADR) dalam komuniti serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi kehakiman syariah dan masyarakat.
Seksyen Sulh komited untuk terus menyokong dan menyumbang kepakaran dalam sebarang inisiatif pembangunan modul dan program pemerkasaan komuniti ke arah sebuah sistem perundangan syariah yang lestari, progresif dan inklusif.
π©πππππππ π·πππ πππππππ, π²πππππππππππ π ππ πΉππππ
π±ππππππ π²ππππππππ πΊππππππ π΄πππππππ


Last Updated on May 11, 2025