𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈

𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑, 𝟐𝟐 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 — Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Perdana Menteri dan Peluncuran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan yang berlangsung penuh ukhuwah di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur petang tadi.

Majlis yang turut dihadiri YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Johari Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Dr. Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, dan YB Senator Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini menjadi medan pengukuhan silaturahim antara kepimpinan negara dengan agensi Hal Ehwal Agama serta seluruh lapisan masyarakat dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

Majlis ini turut menyaksikan detik Peluncuran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan, sebuah inisiatif strategik hasil kolaborasi antara JAKIM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sebuah inisiatif strategik hasil kolaborasi antara agensi Hal Ehwal Agama dan Kementerian Belia dan Sukan. YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri menzahirkan rasa bangga melihat kerjasama erat tokoh-tokoh muda di kedua-dua kementerian tersebut yang tidak lagi terperangkap dalam isu-isu yang memecah-belahkan, sebaliknya fokus menggunakan madrasah Ramadan untuk mengangkat darjat kemanusiaan serta memperkukuh keimanan rakyat secara positif.

Suasana di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi amat meriah dengan kehadiran kira-kira 10,000 orang tetamu yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Majlis turut diserikan dengan simbolik penyampaian sumbangan oleh pihak MAIWP kepada para penerima daripada golongan asnaf, B40, dan OKU sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan seluruh rakyat terus terbela selaras dengan semangat ihsan di bulan Ramadan ini.

𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐨𝐫𝐩𝐨𝐫𝐚𝐭

𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚

Last Updated on February 26, 2026

Kalendar JKSM

Events in November 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
October 27, 2025(2 events) October 28, 2025(1 event) October 29, 2025 October 30, 2025 October 31, 2025(1 event) November 1, 2025 November 2, 2025
November 3, 2025(1 event) November 4, 2025 November 5, 2025 November 6, 2025 November 7, 2025 November 8, 2025 November 9, 2025
November 10, 2025(1 event) November 11, 2025(1 event) November 12, 2025 November 13, 2025(2 events) November 14, 2025 November 15, 2025 November 16, 2025
November 17, 2025(2 events) November 18, 2025 November 19, 2025 November 20, 2025(2 events) November 21, 2025 November 22, 2025 November 23, 2025
November 24, 2025 November 25, 2025(1 event) November 26, 2025(1 event) November 27, 2025 November 28, 2025(1 event) November 29, 2025 November 30, 2025