KUNJUNG HORMAT KETUA PENGARAH JKSM KE PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM (OPERASI), JPA

PUTRAJAYA | Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain hari ini berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke pejabat YBrs. Dr. Anesee bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) di Blok C, JPA.

Kehadiran Dato’ KP JKSM disambut mesra oleh YBrs. Dr. Aneese sendiri bersama kakitangan pejabat beliau.

Antara objektif kunjungan hormat ini diadakan adalah bertujuan bagi mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara JKSM bersama JPA, saling bertukar-tukar pandangan dan membincangkan perkara-perkara yang melibatkan hal ehwal operasi dan pengurusan JKSM.

Turut hadir ialah Puan Azlina binti Aziz, Pengarah Kanan (Pengurusan) JKSM.

Semoga dengan kerjasama yang terbina ini dapat meningkatkan gerak kerja yang lebih cemerlang sekali gus memartabatkan pentadbiran institusi kehakiman Syariah negara in Shaa Allah.

Kunjungan kerjasama ini merupakan manifestasi kepada sebuah hadith Nabi Muhammad SAW

Daripada Abu Musa al-Asy`ari R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ المُؤْمِنَ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman itu dengan orang beriman yang lain seumpama binaan yang saling mengukuh.”

(al-Bukhri 482)

Siiru ‘Ala Barakatillah.

Last Updated on August 14, 2023

Kalendar JKSM

Events in May 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 27, 2026 April 28, 2026 April 29, 2026 April 30, 2026 May 1, 2026 May 2, 2026 May 3, 2026
May 4, 2026 May 5, 2026 May 6, 2026 May 7, 2026 May 8, 2026 May 9, 2026 May 10, 2026
May 11, 2026 May 12, 2026 May 13, 2026 May 14, 2026 May 15, 2026 May 16, 2026 May 17, 2026
May 18, 2026 May 19, 2026 May 20, 2026 May 21, 2026 May 22, 2026 May 23, 2026 May 24, 2026
May 25, 2026 May 26, 2026 May 27, 2026 May 28, 2026 May 29, 2026 May 30, 2026 May 31, 2026