YAA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM HADIRI MAJLIS QIAMULAIL PERDANA

15 April 2023| YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri Majlis Qiamullail Perdana di Masjid Putra, Putrajaya awal pagi tadi.

Seramai 2000 orang jemaah membanjiri masjid Putra seawal 4 pagi bersama-sama YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir mengimarahkan majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Tuan Haji Nassir bin Abd Aziz, Ketua Pendaftar JKSM.

Majlis ini dimulakan dengan solat sunat tahajud, solat sunat taubat dan solat hajat yang dipimpin oleh imam jemputan iaitu Hanif Azmir Hassim sebelum disusuli dengan sahur.

Pengisian acara seterusnya ialah solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh imam jemputan iaitu Ahmad Fairuz Nazaruddin dan tausiyah subuh yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Dasar dan Strategik Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional, Mohd Gunawan Che Ab Aziz.

Majlis Qiamullail Perdana itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV AlHijrah dan laman Facebook JAKIM.

Last Updated on April 15, 2023

Kalendar JKSM

Events in June 2026

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 1, 2026 June 2, 2026 June 3, 2026 June 4, 2026 June 5, 2026 June 6, 2026 June 7, 2026
June 8, 2026 June 9, 2026 June 10, 2026 June 11, 2026 June 12, 2026 June 13, 2026 June 14, 2026
June 15, 2026 June 16, 2026 June 17, 2026 June 18, 2026 June 19, 2026 June 20, 2026 June 21, 2026
June 22, 2026 June 23, 2026 June 24, 2026 June 25, 2026 June 26, 2026 June 27, 2026 June 28, 2026
June 29, 2026 June 30, 2026 July 1, 2026 July 2, 2026 July 3, 2026 July 4, 2026 July 5, 2026