INTERAKSI ILMIAH PENUNTUT PONDOK MODEN AL-’ABAQIRAH (PMA MAIWP) BERSAMA JKSM

PUTRAJAYA| Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berbesar hati menyantuni 55 orang penuntut dari Pondok Moden al-’Abaqirah yang diketuai oleh al-Fadhil Ustaz Amirul Arif bin Shukri.

.

Delegasi ini disambut dengan penuh keceriaan oleh para pegawai JKSM yang diketuai oleh Tuan Abu Suffian Abu Yaziz, Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR), JKSM.

.

Beruntungnya, kerana delegasi ini berkesempatan beramah mesra dengan YAA Dato’ Hj Mohd. Amran Hj Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM yang membuat kemunculan istimewa sebelum beliau berangkat ke Pulau Pinang atas urusan rasmi.

.

Lawatan akademik ini dimulakan dengan ucapan daripada kedua-dua belah pihak yang kemudiannya diteruskan dengan penyampaian taklimat oleh Puan Mazlina Hussain, Pengarah Bahagian Latihan (BL) berkenaan fungsi dan peranan JKSM serta peluang kerjaya dalam bidang perundangan dan kehakiman Syariah.

.

Ketika interaksi mesra tersebut juga, para penuntut tidak melepaskan peluang mendapatkan pencerahan menerusi sesi soal jawab yang turut dikendalikan oleh Tuan Mamat Haizan Salleh, Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan (BDP), Tuan Mohamad Shahidan Abdul Ghapar, Ketua Penolong Pengarah BL, Dr. Roziana Mat Amin, Ketua Unit Komunikasi Korporat serta Puan Zurina Musa, Pen. Pengarah Kanan BL JKSM.

.

Di akhir sesi lawatan tersebut, delegasi berkenaan diiring ke Mahkamah Moot serta Galeri Kehakiman JKSM.

.

Untuk rekod, Pondok Moden Al-‘Abaqirah (PMA) telah dirasmikan kewujudannya pada 1 Julai 2015 dengan matlamatnya bagi melahirkan cendekiawan Islam yang mahir dalam ilmu agama dan duniawi.

.

Sebagai hebahan, para penuntut/mahasiswa/penjawat di agensi kerajaan/swasta mahupun badan bukan kerajaan yang berhasrat untuk mengadakan lawatan ilmiah ke JKSM boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JKSM untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

Kurator Berita,

Unit Komunikasi Korporat, JKSM

Last Updated on December 6, 2023

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024(1 event) July 10, 2024(1 event) July 11, 2024(1 event) July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024(1 event) July 16, 2024(1 event) July 17, 2024 July 18, 2024(2 events) July 19, 2024(2 events) July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024(1 event) July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024(2 events) July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024(1 event) July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024