GENJATAN SENJATA DAN ISYTIHAR BENJAMIN NETANYAHU SEBAGAI PENJENAYAH PERANG: SOLIDARITI WARGA JKSM SEMPENA HARI KEMERDEKAAN PALESTIN

PUTRAJAYA| “Ajaib! Itulah yang berlegar di fikiran saya apabila melihat ramai warga JKSM yang berbusana atau mengenakan kelengkapan berwarna hijau sejak semalam. Sungguhpun tiada arahan dari mana-mana pihak, namun warga JKSM menunjukkan kebersamaan utuh bersolidariti bersama-sama rakyat Palestin,” ujar YAA Dato’ Hj Mohd. Amran Hj Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM.

.

“15 November 1988 merupakan tarikh keramat bagi rakyat Palestin kerana ia merupakan tarikh kemerdekaan negara berkenaan selepas pencerobohan Israel.”

.

“Saya berasa terharu dengan keprihatinan warga JKSM, tidak kira sama ada terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi, pegawai dan kakitangan sokongan. Masing-masing sangat sensitif dengan isu semasa dan pergolakan dunia.”

.

“Palestin sentiasa dekat di hati kita semua. Sokongan tersebut bukan hanya sekadar pemanis di bibir, namun dizahirkan menerusi perbuatan,” tambah Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM tersebut lagi.

.

Umum mengetahui bahawa semenjak lebih 100 tahun lalu rejim Zionis melakukan pencerobohan dan pembersihan umat Islam di tanah Palestin. Tindakan barbarik berkenaan menjadi bertambah angkuh apabila kezaliman tersebut seolah-olah direstui oleh Britain, Amerika Syarikat dan sebahagian negara Eropah.

.

“Sesungguhnya senyuman warga Palestin yang bertahan dan bertabah di saat genting ketika digempur rejim Zionis merupakan kesengsaraan kepada kita semua.”

.

Memasuki hari ke-39 semalam, seramai 11,500 nyawa terkorban dengan bilangan mangsa yang cedera ringan/cedera parah turut meningkat kepada 29,800 orang. Menyedihkan lagi apabila statistik menunjukkan 64% daripada mangsa berkenaan merupakan kanak-kanak dan wanita.”

.

“Justeru, saya menyeru kepada seluruh warga JKSM untuk terus mendoakan kemenangan kepada saudara-saudara kita di Palestin. Kita juga mengharapkan agar pihak berkuasa mengheret Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas jenayah perang yang dilakukan terhadap rakyat Palestin. Begitu juga menyegerakan genjatan senjata agar tiada lagi rakyat Palestin yang menjadi korban,” tegas beliau lagi.

.

Untuk rekod, bermula senja semalam, group whatsapp Puspanita PCK JKSM dihujani foto warga JKSM yang berkongsi gambar masing-masing mengenakan pakaian berwarna hijau sebagai menyahut kempen ‘Wear Green For Palestine’.

.

Tinjauan juga mendapati selain berbusana, warga JKSM turut berkreativiti dengan memakai aksesori seperti jam, beg, kasut dan tudung berwarna hijau.

.

Kurator Berita

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

Last Updated on November 16, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024