KUNJUNGAN RASMI YB SETIAUSAHA NEGERI MELAKA KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨 | YAA Dato’ Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie pagi ini telah menerima kunjungan rasmi daripada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Zaidi bin Johari.

Kunjungan ini diadakan bagi membincangkan berkaitan hal ehwal perjawatan skim pegawai syariah di Negeri Melaka, selain hubungan kerjasama kedua-dua pihak serta perncangan pelaksanaan program yang berimpak tinggi.

Antara yang hadir bagi pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia adalah YBrs Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM, Puan Azlina Aziz, Pengarah Kanan Pengurusan dan Puan Sharifah Nisrinah binti Syed Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Sumber Manusia, JKSM.

Selain itu, YB Datuk SUK telah dibawa melawat ke Galeri Kehakiman Syariah bagi meninjau bahan pameran yang disediakan di galeri tersebut. beliau amat berminat dengan koleksi ilmiah yang dipamerkan dan beliau menyatakan hasrat untuk dijadikan sebahagian daripada bahan pameran artifak Kerajaan Negeri Melaka berkaitan legenda Hang Tuah pada Mei depan di MITC Melaka.

Semoga dengan kunjungan rasmi dan perbincangan seumpama ini akan dapat membuahkan hasil yang baik dan mengeratkan hubungan kedua-dua pihak dalam melaksanakan tugasan di masa-masa akan datang.

π‘Όπ’π’Šπ’• π‘²π’π’Žπ’–π’π’Šπ’Œπ’‚π’”π’Š 𝑲𝒐𝒓𝒑𝒐𝒓𝒂𝒕
𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚10.29.217.145

Last Updated on April 17, 2024

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024(1 event) July 10, 2024(1 event) July 11, 2024(1 event) July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024(1 event) July 16, 2024(1 event) July 17, 2024 July 18, 2024(2 events) July 19, 2024(2 events) July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024(1 event) July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024(2 events) July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024(1 event) July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024