KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JKSM KE JABATAN BANTUAN GUAMAN PUTRAJAYA, MALAYSIA

𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀 | YAA Dato’ Mohd Amran Bin Mat Zain, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM pada 15 Mei 2024 telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Bantuan Guaman, Putrajaya. Kehadiran YAA Dato’ KP/KHS telah disambut oleh Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, YBhg. Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi. Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk bertukar-tukar pandangan soal perjawatan dan kebajikan Pegawai Syariah yang ditempatkan di Jabatan Bantuan Guaman Putrajaya dan seluruh negeri di Malaysia.

Dalam pertemuan tersebut , YAA Dato’ mengucapkan terima kasih diatas kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan kepada semua Pegawai Syariah yang ditempatkan di Jabatan Bantuan Guaman seluruh Malaysia. YBhg. Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi juga mengucapkan terima kasih dan sangat menghargai Pegawai Syariah yang ditempatkan di JBG dan menyifatkan mereka adalah yang terbaik dan menjadi tempat rujukan terutamanya kes-kes yang melibatkan hukum Syarak.

Antara perbincangan kedua-dua pihak adalah berkaitan Akta Pengangkatan Anak dimana Bidangkuasa sekarang adalah di Jabatan Pendaftaran Negara. Oleh itu perlu perbincangan lebih mendalam isu ini agar tidak timbul kekeliruan dan agensi-agensi yang terlibat perlulah duduk bersama untuk mencari jalan supaya diwujudkan satu akta yang lebih jelas kerana ia melibatkan hukum Islam. Selain itu, isu Pengesahan nasab yang semakin bertambah juga perlu diberi perhatian oleh agensi-agensi yang terlibat dengan mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan adil kepada semua pihak.

Perbincangan ini juga turut dicadangkan agar Mahkamah Syariah seluruh Malaysia menyediakan ruang/bilik untuk Peguam Syarie JBG supaya mereka dapat melaksanakan tugas dengan selesa semasa berurusan di Mahkamah Syariah. Selain itu, Akta Peguam Syarie perlulah digubal demi memperkasakan Peguam-peguam Syarie yang beramal di Mahkamah Syariah. Ini juga bertujuan untuk mengelak tohmahan orang awam yang memandang rendah kepada Peguam Syarie.

Turut dimaklumkan bahawa, JBG adalah platform untuk Pegawai Syariah kembangkan ilmu ke tahap lebih tinggi. JBG banyak membantu orang awam dan berperanan sangat besar untuk menyelesaikan masalah dalam masyarakat awam khususnya orang Islam. Pegawai LS di JBG juga diberi pendedahan untuk menjadi mediator yg terbaik melalui perkongsian ilmu bersama mediator di Sivil.

Dalam masa yang sama, JKSM juga sedang merangka program untuk memantapkan lagi Pegawai Syariah melalui proses Sulh dan mediasi dengan sivil dalam menyelesaikan isu konflik Sivil dan Syariah. JBG juga melalui mediasi akan memberi kefahaman kepada orang awam tentang penyelesaian melalui konsep mediasi yang lebih damai dan harmoni. Selain itu, JKSM juga kearah menjadikan Mahkamah Syariah sebagai tempat menyelesaikan masalah bukan tempat ‘berperang’.

Kedua-dua pihak JKSM dan JBG bersetuju bahawa setiap pegawai hendaklah menjaga nama baik Pegawai Syariah. Setiap tingkah laku Pegawai Syariah yang buruk akan memberi kesan dan imej yang buruk bukan kepada individu tersebut tetapi kepada Syariah dan Islam itu sendiri. Pertemuan pada hari ini juga turut dihadiri oleh Timbalan KP JBG (Sivil), Puan Arleen Binti Ramly dan Pegawai Penyelidik YAA Dato KP JKSM, Tuan Mohamad Zaidi Bin Abdullah.

Semoga pertemuan ini akan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara JKSM dan JBG dalam menyelesaikan masalah masyarakat Islam di Malaysia.

𝑷𝒆𝒋𝒂𝒃𝒂𝒕 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓𝒂𝒉/ 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑯𝒂𝒌𝒊𝒎 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒆

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒉𝒂𝒌𝒊𝒎𝒂𝒏 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂

Last Updated on May 16, 2024

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024(1 event) July 10, 2024(1 event) July 11, 2024(1 event) July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024(1 event) July 16, 2024(1 event) July 17, 2024 July 18, 2024(2 events) July 19, 2024(2 events) July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024(1 event) July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024(2 events) July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024(1 event) July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024