PERBINCANGAN GERAK KERJA JAWATANKUASA KEHAKIMAN SYARIAH KEBANGSAAAN (JKSK)

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨 | YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain pagi ini telah mengadakan perbincangan bersama Dato’ Paduka Hajah Hakimah binti Mohd. Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM berkaitan perancangan awal pasca perkenan Majlis Raja-Raja kepada penubuhan dan keahlian Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan (JKSK) yang dibentuk di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI). JKSK merupakan jawatankuasa kelima yang ditubuhkan di bawah MKI yang berperanan bagi memperkasakan kehakiman Syariah di Malaysia.

Antara perkara yang telah dibincangkan adalah ke arah pewujudan sekretaiat JKSK di JKSM dan Terma Rujukan TOR disamping perkara yg berkaitan dengan libat urus agensi bagi penyediaan watikah dan lain lain.

Turut hadir bersama dalam perbincangan ini adalah Tuan Mamat Haizan bin Salleh, Pengarah, Bahagian Pendaftaran, Keurus setiaan dan Rekod (BPKR) JKSM, Tuan Mohd Bukhari Jusoff, Ketua Unit Komunikasi Korporat (UKK) JKSM dan Ustazah Razidah bt. Adam, pegawai urus setia MKI JAKIM.

Adalah diharapkan dengan penubuhan JKSK di bawah MKI ini, usaha-usaha untuk memperkasakan kehakiman Syariah di Malaysia akan dapat dilaksanakan dengan berkesan, tertib dan teratur berdasarkan kerangka yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

π‘Όπ’π’Šπ’• π‘²π’π’Žπ’–π’π’Šπ’Œπ’‚π’”π’Š 𝑲𝒐𝒓𝒑𝒐𝒓𝒂𝒕

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on April 2, 2024

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024(1 event) July 10, 2024(1 event) July 11, 2024(1 event) July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024(1 event) July 16, 2024(1 event) July 17, 2024 July 18, 2024(2 events) July 19, 2024(2 events) July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024(1 event) July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024(2 events) July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024(1 event) July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024