KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA CEO WASIYYAH SHOPPE BERHAD KE PEJABAT KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE MALAYSIA

𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀 | YAA Dato’ Haji Mohd Amran Bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie, JKSM hari ini telah telah menerima kunjungan hormat daripada CEO Wasiyyah Shoppe Berhad, Tuan Arifin Sabirin, bertempat di Bilik Mesyuarat Ketua Pendaftar, aras 7, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk berkongsi pengalaman dan mendapat input daripada YAA KP/ KHS JKSM mengenai kaedah terbaik untuk membantu umat Islam di Malaysia dalam perancangan dan pengurusan harta. Selain itu, kunjungan ini juga diharap dapat menjalinkan hubungan yang erat dan kerjasama yang baik dalam merancang program bersama, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa berkaitan perancangan dan pengurusan harta dalam Islam.

Kunjungan ini turut disertai oleh Dato’ Seri Md Yusup Bin Che Teh, selaku Pengerusi Panel Syariah Wasiyyah Shoppe Berhad, manakala pihak JKSM turut diwakili oleh YA Datuk Mohd Nadzri Bin Abdul Rahman Ibrahim, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, Tuan Haji Nassir Bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM dan YBrs. Dr Jazilah Binti Mohd Saad@ Mat Saud, Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan, JKSM.

𝑷𝒆𝒋𝒂𝒃𝒂𝒕 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓𝒂𝒉/ 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑯𝒂𝒌𝒊𝒎 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒆

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒉𝒂𝒌𝒊𝒎𝒂𝒏 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂

Last Updated on March 25, 2024

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024(1 event) July 10, 2024(1 event) July 11, 2024(1 event) July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024(1 event) July 16, 2024(1 event) July 17, 2024 July 18, 2024(2 events) July 19, 2024(2 events) July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024(1 event) July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024(2 events) July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024(1 event) July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024