WEBINAR INTENSIF DAURAH MUKATTHAFAH NUSUS FIQHIYYAH SYAR’IYYAH (MUHGNI AL-MUHTAJ) LIL IMAM KHATIB AL-SYIRBINI

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) komited dan menitikberatkan penguasaan yang mantap berkaitan pemahaman kitab turath dalam kalangan Pegawai Syariah. Penganjuran Daurah Mukatthafah Nusus Fiqhiyyah Syar’iyyah (Muhgni al-Muhtaj) Lil Imam Khatib al-Syirbini bagi tahun 2024 menjadi bukti komitmen berterusan JKSM dalam meningkatkan kompetensi Pegawai Syariah terutamanya Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah dalam aspek pemahaman intipati kitab turath (teks dan konteks).

YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dalam ucapannya menekankan akan kepentingan menekuni kitab turath yang merupakan khazanah ilmu yang diwarisi daripada para alim ulama mazhab. Kefahaman prinsip fiqh syafie, perbahasan dan pandangan yang terkandung dalam teks klasik Mughni al-Muhtaj wajar dijadikan rujukan khususnya dalam konteks kehakiman dan perundangan syariah. Ini akan membantu para hakim terutamanya dalam proses penyediaan alasan penghakiman agar lebih terpandu dan tepat.

Siri kali ini menampilkan al-fadhil Tuan Mohamad Nabil bin Mohamad Shukri, Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan yang juga merupakan ahli Multaqa Pakar Turath yang telah berkongsi dengan para peserta berkenaan bab al-Qadha’ daripada Kitab Mughni al-Muhtaj dan bab talak daripada kitab Furu’ al-Masail.

Program daurah ini akan dijalankan sebanyak lima siri bagi tahun ini. Sasarannya antara lain ialah melatih Pegawai Syariah mendalami teknik yang sahih tentang kaedah dan prinsip-prinsip mengistinbatkan hukum-hukum kehakiman syarak daripada sumber yang muktabar serta membincangkan permasalahan dan penyelesaian berhubung pelbagai topik dalam kehakiman dan perundangan Islam yang berkaitan kerjaya Pegawai Syariah di lapangan.

Menjadi harapan pihak JKSM agar tradisi pengajian ilmu turath ini disemarakkan dalam kalangan Pegawai Syariah agar dapat dimanfaatkan dalam konteks tanggungjawab tugasan yang dilaksanakan dalam perkhidmatan.

𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂𝒏 𝑳𝒂𝒕𝒊𝒉𝒂𝒏

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒉𝒂𝒌𝒊𝒎𝒂𝒏 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂

Last Updated on March 21, 2024

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024(1 event) July 10, 2024(1 event) July 11, 2024(1 event) July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024(1 event) July 16, 2024(1 event) July 17, 2024 July 18, 2024(2 events) July 19, 2024(2 events) July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024(1 event) July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024(2 events) July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024(1 event) July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024