MAJLIS ILMU MADANI: KELUARGA HARMONI PENCETUS MASYARAKAT MADANI

PUTRAJAYA|YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj Mohd. Na’im Hj Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berbesar hati merasmikan Majlis Ilmu Madani, bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Penganjuran oleh JKSM ini turut melibatkan kerjasama dari pihak pengurusan Masjid Tuanku Zainal Abidin dan IKIM sebagai rakan kerjasama penyiaran.

.

“Sepanjang Majlis Ilmu Madani dilaksanakan, saya berasa sangat terharu dengan sambutan yang amat menggalakkan dari pelbagai lapisan masyarakat. Majlis ini amat berjaya mengumpulkan masyarakat untuk bersama-sama memperkasa ilmu dan sekaligus memberdayakan kekuatan minda dalam menghadapi cabaran alaf kini.”

.

“Penganjuran Majlis ini juga merupakan usaha Kerajaan dalam memberi kefahaman tentang negara MADANI yang digagaskan oleh Kerajaan dan paling utama dalam membentuk akidah yang kukuh, akhlak yang baik serta pembentukan sahsiah maknawiyah,” ujar YB Senator Dato Setia Dr. Mohd Na’im.

.

“Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAA Dato’ Hj Mohd Amran Hj Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, warga JKSM serta rakan strategik lainnya yang telah bertungkus-lumus menjayakan Majlis Ilmu pada kali ini,” ujar Menteri Hal Ehwal Agama yang turut ditemani oleh isteri, Datin Setia Nik Roslini Raja Ismail.

.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan perkongsian ilmu yang disampaikan oleh YBrs. Datuk Dr. Harlina Halizah Haji Siraj bertajuk “Keluarga Harmoni Pencetus Masyarakat Madani”.

.

Topik ini mengangkat tema institusi kekeluargaan yang menjadi nukleus dalam pembentukan masyarakat dan generasi yang luhur. Penceramah turut memberi penekanan terhadap tanggungjawab setiap sosok dalam sesebuah institusi kekeluargaan yang perlu dijalani dengan penuh kepatuhan dan sifat amanah. Tema yang diketengahkan ini juga secara langsung berkait dengan peranan JKSM yang saban hari menyaksikan pelbagai krisis rumahtangga difailkan di Mahkamah.

.

Untuk rekod, Majlis Ilmu Madani bersama YB Menteri bagi Tahun 2023-2024 ini adalah rentetan dari program Majlis Ilmu Madani bersama YAB Perdana Menteri yang dianjurkan pada 26 Mei 2023 bertempat di Masjid Putra, Putrajaya.

.

Lanjutan itu, YB Menteri (Hal Ehwal Agama) menyambut inisiatif tersebut dengan menganjurkan Majlis Ilmu Madani bersama YB Menteri (Hal Ehwal Agama). Sekaligus, menjadi peluang kepada YB Menteri meluangkan masa untuk mendekati dan mendengar suara masyarakat.

.

Majlis ini dihoskan oleh agensi-agensi agama di bawah YB Menteri mengikut giliran yang telah ditetapkan dan dihadiri oleh ketua-ketua agensi agama, wakil agensi serta masyarakat awam. Menariknya, penganjuran kali ini juga melibatkan penuntut yang terdiri dari beberapa Universiti berdekatan seperti UIA, UM, UKM, UIS dan USIM.

.

Kurator Berita,

Unit Komunikasi Korporat, JKSM

Last Updated on November 10, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024