MAJLIS JAMBANGAN BUDI, RIMBUNAN BAKTI: MERAIKAN PERSARAAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN JKSM

PUTRAJAYA| YAA Dato’ Hj Mohd. Amran Hj Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, JKSM berbesar hati meraikan para pegawai dan kakitangan JKSM yang telah menamatkan perkhidmatan sepanjang 2022-2023.

.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pegawai dan kakitangan yang telah sekian lama menabur jasa, menggembleng tenaga dan minda bagi memperkasa serta memajukan JKSM.”

.

“Saya juga secara peribadinya ingin mengucapkan infiniti tahniah kepada para pegawai yang diraikan pada hari ini kerana berjaya menamatkan perkhidmatan dengan jayanya,” ujar YAA Dato’ Hj Mohd. Amran.

Majlis jambangan budi, rimbunan bakti diadakan bagi meraikan 12 orang pegawai/kakitangan yang bersara terdiri daripada YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj Mohd. Na’im Hj Mokhtar, YBhg Datuk Jasri @ Nasib bin Mat Jakir, YAA Dato’ Abdul Walid bin Abu Hassan, YBhg Datuk Alidin @ Ahmad Din Bin OKK Othman, YA Tuan Samal bin Munji, En. Zulkiflee bin Mohd, Puan Khadijah binti Che Baraddin, Encik Saning @ Abd Rahman bin Madin, En. Mohd Ridzuan bin Abu Bakar, Puan Mai Salmah binti Mohd. Noor, En. Nor Mahadi bin Awaluddin dan Puan Zaitun Mahmood.

.

Di samping itu, majlis juga memperingati warga JKSM yang telah kembali ke rahmatullah iaitu Allahyarham Puan Rafidah Abdul Razak dan Allahyarham Puan Jamaliah Abu Bakar dan .

.

“Kita semua sedia maklum bahawa tugasan yang dilaksanakan seharian merupakan suatu ibadah. Justeru, saya menyeru kepada Tuan/Puan para hadirin yang masih panjang perjalanan meniti kehidupan berkerjaya ini untuk memanfaatkan peluang ini dan menjadikannya sebagai lombong bagi memperkasakan amalan, agar menjadi bekalan di Akhirat kelak,” tambah beliau lagi.

.

“Sesungguhnya komitmen dan ketauladanan pegawai syariah sentiasa menjadi perhatian masyarakat dan berada dalam kelasnya tersendiri. Sebagai contoh, kita menyaksikan sendiri bagaimana YAA Dato’ Setia Dr. Hj Mohd. Na’im Hj Mokhtar, mantan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dilantik selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) disebabkan dedikasi dan kredibiliti beliau.”

.

“Justeru, bersama-sama kita mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan berusaha untuk menzahirkan imej yang baik kepada massa bagi mendokong Pelan Transformasi Al-Falah yang digagaskan oleh YB Menteri,” tambah Ketua Pengarah/KHS JKSM tersebut lagi.

.

Terdahulu, majlis diserikan dengan ucapan yang disampaikan oleh YAA Dato’ Hj Abdul Walid Abu Hassan, yang kini merupakan Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang bagi mewakili lima orang pegawai/kakitangan bersara yang hadir ke Majlis tersebut. Beliau menzahirkan ucapan terima kasih dan jutaan penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh seluruh warga JKSM sepanjang perkhidmatan.

.

“Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat yang dikurniakanNya. Menelusuri perjalanan perkhidmatan dan pengalaman yang dilalui, saya sentiasa mengambil pendekatan yang positif.”

.

“Di kesempatan ini juga, saya ingin mengingatkan diri sendiri dan para pegawai keseluruhannya untuk memanfaatkan teknologi bagi melancarkan pengoperasian dan perkhidmatan kepada masyarakat. Kini, pergerakan manusia dan penyampaian maklumat menjadi semakin pantas, maka menjadi kewajiban kepada kita semua untuk melengkapkan diri dengan ilmu teknologi supaya tidak ketinggalan,” ujar beliau di akhir ucapannya.

.

Kemuncaknya, majlis tersebut diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan dari pihak JKSM kepada para pegawai/kakitangan yang diraikan tersebut. Seterusnya majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Pegawai Tadbir Bahagian (PTB) yang telah menjalankan amanah di Bahagian/Unit masing-masing bagi sesi 2022-2023.

.

Kurator Berita,

Unit Komunikasi Korporat, JKSM

Last Updated on November 6, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024