KURSUS PENGUATKUASAAN, PELAKSANAAN PERINTAH DAN PERINTAH BERSALING HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH ZON TENGAH

8 Mac 2023: Bahagian Latihan (BL), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Kursus Penguatkuasaan, Pelaksanaan Perintah dan Perintah Bersaling Hakim Mahkamah Rendah Syariah Zon Tengah kepada Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Zon Tengah bermula 7 Mac 2023 hingga 8 Mac 2023.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu, Tuan Mohd Hirman bin Ab Raub, Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya, Klang Selangor. Kumpulan sasaran peserta wajib bagi kursus kali ini ialah seramai 42 orang Hakim Syarie MRS Zon Tengah, iaitu daripada Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta berhubung kaedah-kaedah dan bentuk-bentuk penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah yang diperuntukkan dalam Akta/Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah serta memberi panduan kepada peserta dalam pendengaran dan penghakiman kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah Mahkamah Syariah dan pengendorsan Perintah Bersaling.

Semua peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang kursus ini berlangsung selama dua hari. Semoga kecekapan para peserta dalam menjalankan tugasan hakiki sebagai Hakim Syarie di MRS akan dapat dipertingkatkan hasil daripada kursus ini.

Last Updated on March 8, 2023

Kalendar JKSM

Events in July 2025

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 30, 2025 July 1, 2025 July 2, 2025 July 3, 2025 July 4, 2025 July 5, 2025 July 6, 2025
July 7, 2025 July 8, 2025 July 9, 2025 July 10, 2025 July 11, 2025 July 12, 2025 July 13, 2025
July 14, 2025 July 15, 2025 July 16, 2025 July 17, 2025 July 18, 2025 July 19, 2025 July 20, 2025
July 21, 2025 July 22, 2025 July 23, 2025 July 24, 2025 July 25, 2025 July 26, 2025 July 27, 2025
July 28, 2025 July 29, 2025 July 30, 2025 July 31, 2025 August 1, 2025 August 2, 2025 August 3, 2025