MUZAKARAH PEGAWAI REKOD DAN PEMBANTU TADBIR REKOD JKSN/MSN TAHUN 2023

09 Februari 2023| Seksyen Rekod, BPKR telah mengadakan Muzakarah Pegawai Rekod dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) / Mahkamah Syariah Negeri (MSN) pada 7 hingga 9 Mac 2023 bertempat di Grand Continental Hotel Langkawi, Kedah.

Muzakarah ini telah dirasmikan oleh Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurussetiaan dan Rekod (BPKR). Tuan Pengarah BPKR dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa muzakarah ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memantapkan pengurusan rekod, menerapkan bekerja secara kumpulan dan mengeratkan silaturrahim sert jalinan kerjasama antara satu sama lain. Selain itu, ianya sebagai platform kepada pegawai-pegawai rekod untuk bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan rekod di negeri masing-masing.

Inisiatif program ini diadakan di luar pejabat dan memilih Langkawi, Kedah adalah kerana untuk membolehkan para peserta memberi tumpuan dan komitmen yang tinggi agar setiap perkongsian ilmu dapat dibuat sepenuh masa tanpa terikat dengan waktu pejabat yang terhad.

Selain itu muzakarah ini juga menjemput penceramah yang berpengalaman di dalam pengurusan fail terperingkat iaitu Encik Mohd Azri bin Pramlee daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO). Manakala penceramah Puan Nor Azlina binti Kamarudin daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dijemput bagi memberikan ceramah berkenaan pelaksanaan DDMS kepada peserta muzakarah.

Tuan Pengarah BPKR mengucapkan tahniah atas kejayaan aktiviti dan program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022, antaranya Retreat Pegawai Sulh, Pegawai dan Pembantu Rekod seluruh Malaysia kali Pertama Tahun 2022 pada 21-23 Mei 2022, Bengkel Galeri Kehakiman Syariah secara dalam talian pada 21 Julai 2022 dan Inspektorat Pengurusan Rekod di JKSN/MSN di 7 buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor, Kelantan dan Sabah yang telah diadakan bermula Ogos hingga November 2022.

Seksyen Rekod pada tahun ini telah merancang pelbagai program antaranya ialah Inspektorat Pengurusan Rekod JKSN/MSN di 7 buah negeri lagi iaitu Sarawak, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan, dan Pahang yang akan diadakan bermula Mac sehingga September 2023, yang bertujuan untuk memastikan pengurusan rekod dilaksanakan dengan teratur dan mematuhi dasar serta panduan pengurusan rekod yang telah ditetapkan. JKSM juga dalam persediaan akhir Galeri Kehakiman Syariah bagi sambutan 25 tahun penubuhan JKSM yang akan diadakan pada 6 Julai 2023 dan akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Selain itu, Bengkel Pemurnian Klasifikasi Fail Urusan Am dan Fungsian yang melibatkan PRJ/PTRJ bersama Arkib Negara Malaysia juga dalam perancangan untuk diadakan pada bulan September 2023.

Tuan pengarah BPKR mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua PRJ/PTRJ atas gerak kerja yang penuh komited dalam melaksanakan pelupusan rekod dan pemindahan rekod yang bernilai kekal ke Arkib Negara Malaysia sepanjang tahun 2022. Diharapkan dengan program Muzakarah yang dilaksanakan ini membolehkan JKSN/MSN seluruh Malaysia dapat menggunakan sistem DDMS secara keseluruhannya dan dapat mempertingkatkan penyampaian dan ketelusan perkhidmatan kerajaan melalui capaian pengurusan rekod secara digital (elektronik). Manakala DDMS 2.0 bertujuan untuk membangunkan sistem pengurusan rekod yang menguruskan rekod rasmi dan rahsia rasmi kerajaan bagi keseluruhan kitaran hayatnya iaitu daripada proses pewujudan, penawanan, penyimpanan, penyelenggaraan, pengedaran dan pelupusan rekod secara digital dan sistematik.Penggunaan DDMS 2.0 dapat mempertingkatkan penyampaian dan ketelusan perkhidmatan kerajaan melalui capaian pengurusan rekod digital (elektronik) any where, any time and any device . Penggunaan DDMS 2.0 juga mewujudkan keseragaman pengurusan rekod elektronik di sektor awam.

Last Updated on Mac 9, 2023

Kalendar JKSM

Events in Jun 2023

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Mei 29, 2023 Mei 30, 2023 Mei 31, 2023 Jun 1, 2023 Jun 2, 2023(1 event) Jun 3, 2023 Jun 4, 2023
Jun 5, 2023 Jun 6, 2023 Jun 7, 2023 Jun 8, 2023 Jun 9, 2023(2 events) Jun 10, 2023 Jun 11, 2023
Jun 12, 2023 Jun 13, 2023(1 event) Jun 14, 2023 Jun 15, 2023 Jun 16, 2023(1 event) Jun 17, 2023 Jun 18, 2023
Jun 19, 2023(1 event) Jun 20, 2023(1 event) Jun 21, 2023(1 event) Jun 22, 2023 Jun 23, 2023 Jun 24, 2023 Jun 25, 2023
Jun 26, 2023 Jun 27, 2023 Jun 28, 2023 Jun 29, 2023 Jun 30, 2023 Julai 1, 2023 Julai 2, 2023