LAWATAN TAPAK KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JKSM KE PROJEK MAHKAMAH SYARIAH DAERAH PAPAR DAN KOTA BELUD

𝑲𝑢𝑻𝑨 𝑩𝑬𝑳𝑼𝑫 I Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM, YAA. Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain hari ini telah meneruskan misi pemantauan dengan melawat tapak projek pembangunan Mahkamah Syariah daerah Papar dan Kota Belud dengan diiringi pegawai dan kakitangan JKSN Sabah.

Dato’ Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pemaju dan JKR daerah Papar atas taklimat berhubung perkembangan terkini kemajuan projek pembangunan Mahkamah Syariah Papar.

Pada sebelah petang pula, YAA Dato’ Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM berkesempatan turun ke Kota Belud, Sabah untuk melihat sendiri tanah projek seluas 0.391 hektar yang akan dibangunkan Mahkamah Syariah daerah Kota Belud yang baharu.

Di kesempatan itu juga, YAA Dato’ Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM sempat mengadakan lawatan ke Mahkamah Syariah Kota Belud yang sedang beroperasi sekarang bagi menyantuni dan melawat ruang kerja pegawai dan kakitangan mahkamah di sana.

Terima kasih kepada seluruh warga kerja Mahkamah Syariah Papar dan Kota Belud atas layanan dan sambutan ini.

Last Updated on February 25, 2024

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024(1 event) July 10, 2024(1 event) July 11, 2024(1 event) July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024(1 event) July 16, 2024(1 event) July 17, 2024 July 18, 2024(2 events) July 19, 2024(2 events) July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024(1 event) July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024(2 events) July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024(1 event) July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024