MESYUARAT KAJIAN KEPERLUAN PENGGUNA PROJEK PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN E-SYARIAH VERSI 3 (FASA 1) JKSM

๐‘ฒ๐‘ผ๐‘ช๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) melalui Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) telah mengadakan Mesyuarat Kajian Keperluan Pengguna untuk Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembaikan E-Syariah Versi 3 (Fasa 1) yang dipengerusikan oleh YA Datoโ€™ Mohamad Shakir bin Haji Abdul Hamid pada 18-23 Februari 2024.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memastikan modul-modul E-Syariah Versi 3 yang perlu di tambahbaik dari segi fungsi dan proses agar dapat memenuhi keperluan semasa dan proses kerja di Mahkamah Syariah seluruh negeri. Untuk makluman, Sistem E-Syariah Versi 3 telah dilancarkan dan mula digunakan pada 30 September 2022.

Mesyuarat di hadiri oleh pegawai-pegawai BPKR, BSK dan BTMK selaku pemilik proses dan juga pegawai teknikal daripada kontraktor yang dilantik yang akan membincangkan dan mengenalpasti proses dan prosedur kerja yang perlu ditambahbaik pada Sistem E-Syariah Versi 3 bagi memperkasakan penyampaian perkhidmatan mahkamah terutama urusan di kaunter yang melibatkan orang awam. Mesyuarat turut disertai oleh Ketua Pendaftar dan Pendaftar JKSN/MSN.

Sarawak Information System Sdn Bhd (SAINS) selaku Syarikat yang bertanggungjawab ke atas Perkhidmatan Penyelenggaraan Pembaikan E-Syariah Versi 3 ini juga telah menjemput delegasi JKSM ini ke sesi lawatan di Pusat Contact Centre SAINS, Kota Samarahan. Pada sesi ini, JKSM telah diberikan penerangan skop Meja Bantuan E-Syariah Versi 3 dan juga fungsi Contact Centre yang akan menerima aduan daripada pengguna Sistem E-Syariah Versi 3.

๐‘ฉ๐’‚๐’‰๐’‚๐’ˆ๐’Š๐’‚๐’ ๐‘ป๐’†๐’Œ๐’๐’๐’๐’๐’ˆ๐’Š ๐‘ด๐’‚๐’Œ๐’๐’–๐’Ž๐’‚๐’• ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’๐’Ž๐’–๐’๐’Š๐’Œ๐’‚๐’”๐’Š

๐‘ฑ๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’‰๐’‚๐’Œ๐’Š๐’Ž๐’‚๐’ ๐‘บ๐’š๐’‚๐’“๐’Š๐’‚๐’‰ ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚

Last Updated on February 20, 2024

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024(1 event) July 10, 2024(1 event) July 11, 2024(1 event) July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024(1 event) July 16, 2024(1 event) July 17, 2024 July 18, 2024(2 events) July 19, 2024(2 events) July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024(1 event) July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024(2 events) July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024(1 event) July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024