LAWATAN TAPAK KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA BAGI PEMANTAUAN PROJEK MAHKAMAH SYARIAH DAERAH PAPAR DAN KOTA BELUD

𝑲𝑢𝑻𝑨 𝑲𝑰𝑡𝑨𝑩𝑨𝑳𝑼| Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM YAA. Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain hari ini berkesempatan mengadakan kunjungan ke Jabatan Kehakiman Syariah Sabah (JKSNS) sempena lawatan tapak projek Mahkamah Syariah daerah Papar dan Kota Belud bermula 21-22 Februari 2024.

YAA Dato’ KP/KHS JKSM menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YAA KHS dan warga kerja JKSNS atas kesudian meluangkan masa menerima kunjungan ini.

Dalam sesi kunjungan pada kali ini YAA Dato’ diberi taklimat berkenaan lawatan tapak, perkembangan terkini hal ehwal pentadbiran dan pengurusan perundangan dan kehakiman Syariah negeri Sabah di samping bertukar-tukar pandangan dalam pentadbiran mahkamah selain mengukuhkan hubungan antara JKSM dan JKSNS. YAA Dato’ juga turut dibawa melihat dewan Mahkamah Rayuan Syariah Sabah yang siap dilengkapi sistem Digital Court secara atas talian. Taklimat berkenaan sistem Digital Court Online ini telah disampaikan oleh Pegawai ICT JKSNS.

Kunjungan ini diadakan rentetan lawatan rasmi YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Sabah pada bulan Januari yang lalu bagi meninjau projek-projek pembangunan agensi-agensi Persekutuan di bawah JPM, khususnya projek pembangunan Mahkamah Syariah di Sabah.

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on February 20, 2024

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024(1 event) July 10, 2024(1 event) July 11, 2024(1 event) July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024(1 event) July 16, 2024(1 event) July 17, 2024 July 18, 2024(2 events) July 19, 2024(2 events) July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024(1 event) July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024(2 events) July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024(1 event) July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024