SAMBUTAN JUBLI DELIMA FAKULTI UNDANG-UNDANG (FUU) UKM

𝐁𝐀𝐍𝐆𝐈 I Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain, Ketua Pengarah JKSM telah dijemput khas untuk hadir dan meraikan Majlis Pelancaran Jubli Delima FUU, UKM di Persada Canselori, UKM, Bangi.

Simbolik upacara pelancaran sambutan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Kassim selaku Timbalan Naib Canselor

Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa, UKM. Turut hadir dalam majlis pelancaran ini barisan para pensyarah, warga kerja dan para pelajar FUU, UKM.

Pelancaran tersebut juga turut diadakan Bicara Khas Sambutan Jubli Delima FUU, UKM bertemakan “Merakyatkan Undang-undang, Memartabatkan Bahasa Kebangsaan” dimoderatorkan oleh Dekan FUU, Prof. Madya Dr. Jady @ Zaidi Hashim. Manakala ahli-ahli panel terdiri dari mantan ahli aakdemik dan penasihat FUU dan presiden persatuan alumni FUU, UKM. Menariknya ahli panel bicara khas ini banyak menceritakan dari pelbagai perspektif, sejarah, latar belakang, pahit manis dan kejayaan yang telah ditempa dalam mewujud dan membangunkan FUU yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1984 dalam mendidik, membentuk, mentarbiyah sehinggalah melahirkan graduan-graduan yang berperanan dalam membangunkan bangsa, agama dan negara.

FUU UKM dengan JKSM bukanlah fakulti yang asing, kerana kebanyakan pegawai Syariah lahir dari fakulti tersebut dan para pensyarah yang kanan dan yang baharu banyak membantu dan terlibat dalam membangungkan Institusi Perundangan dan Kehakiman Syariah negara.

Mewakili JKSM, Dato’ Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas jemputan untuk turut sama meraikan sambutan jubli delima ini dan merakamkan ucapan tahniah kepada Dekan FUU dan warga kerja FUU, UKM sempena sambutan jubli delima pada tahun ini.

Semoga FUU UKM terus maju dan merakyatkan undang-undang dan memartabatkan bahasa kebangsaan dalam mendidik anak-anak watan di negara ini.

𝑷𝒆𝒋𝒂𝒃𝒂𝒕 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓𝒂𝒉 / 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑯𝒂𝒌𝒊𝒎 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒆

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒉𝒂𝒌𝒊𝒎𝒂𝒏 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒊𝒂𝒉 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂

Last Updated on February 21, 2024

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024(1 event) July 10, 2024(1 event) July 11, 2024(1 event) July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024(1 event) July 16, 2024(1 event) July 17, 2024 July 18, 2024(2 events) July 19, 2024(2 events) July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024(1 event) July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024(2 events) July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024(1 event) July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024