MAJLIS BACAAN YAASIN & TAHLIL ARWAH SERTA PELANCARAN PROGRAM IHYA RAMADHAN

𝑷𝑼𝑻𝑹𝑨𝑱𝑨𝒀𝑨 | Kelab Kebajikan & Sukan JKSM bersama Puspanita Cawangan Kecil, JKSM pada pagi ini telah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil Arwah serta Pelancaran Program Ihya Ramadhan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Aras 5, JKSM.

Majlis pada pagi ini diserikan lagi dengan kehadiran YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. YAA Dato’ telah memberikan ucapan aluan dan merakamkan ucapan tahniah kepada KKS dan PCK JKSM atas penganjuran majlis pada hari ini. YAA Dato’ turut mengalu-alukan kehadiran warga JKSM yang hadir mengimarahkan majlis pada pagi ini.

YAA Dato’ dalam ucapannya juga berharap dengan penganjuran pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan yang bakal dilaksanakan oleh KKS dan PCK JKSM pada tahun ini, dapat melahirkan warga JKSM yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial. Di samping itu, secara tidak langsung ia turut memupuk semangat perpaduan, kerjasama, semangat kerja berpasukan dan mengeratkan ukhuwah di kalangan warga JKSM.

Majlis pada hari ini berlangsung meriah dengan kehadiran warga JKSM. Turut hadir dalam majlis pada hari ini adalah YA Dato’ Mohamad Shakir bin Hj. Abdul Hamid, Pengerusi Kelab Kebajikan & Sukan JKSM dan Puan Azlina binti Abdul Aziz, Timbalan Pengerusi 1 Puspanita Cawangan Kecil JKSM.

Semoga dengan pelancaran ihya’ ramadan JKSM dan dengan ketibaan Ramadhan pada kali ini akan menatijahkan taqwa dalam hati sanubari sehingga mendapat mardhatillah yang akhirnya melayakkan kita menjadi hamba yang rabbani dengan menjadikan bulan Ramadhan al-Mubarak kali ini, sebagai Madrasah Rohaniah dan Fikriyyah yang boleh melonjakkan warga JKSM ke persada kejayaan dan kesatuan.

Ψ§Ω„Ψ§ΨͺΩΩ‘Ψ­ΩŽΨ§Ψ―Ω أَسَاسُ Ψ§Ω„Ω†ΩŽΩ‘Ψ¬ΩŽΨ§Ψ­Ω

β€œPerpaduan adalah asas keberhasilan.”

𝑲𝒆𝒍𝒂𝒃 π‘²π’†π’ƒπ’‚π’‹π’Šπ’Œπ’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 π‘Ίπ’–π’Œπ’‚π’

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on March 8, 2024

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024(1 event) July 10, 2024(1 event) July 11, 2024(1 event) July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024(1 event) July 16, 2024(1 event) July 17, 2024 July 18, 2024(2 events) July 19, 2024(2 events) July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024(1 event) July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024(2 events) July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024(1 event) July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024