PERSIDANGAN KETUA-KETUA HAKIM SYARIE SELURUH MALAYSIA KALI KE-79

𝑷𝑢𝑹𝑻 𝑫𝑰π‘ͺ𝑲𝑺𝑢𝑡 | Bahagian Pendaftaran Keurussetiaan dan Rekod (BPKR), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengurusetiakan Persidangan Ketua-ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke-79 Bil.1 Tahun 2024 pada 6-7 Mac 2024 di Hotel Lexis, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Persidangan ini dipengerusikan oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM dan dihadiri oleh YA Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, YAA Ketua-ketua Hakim Syarie Negeri Seluruh Malaysia, YBrs. Tuan Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan (Kehakiman) JKSM, Pengarah Kanan (Pengurusan) JKSM, Pengarah BPKR JKSM dan urussetia di kalangan warga Seksyen Keurussetiaan, BPKR, JKSM.

Persidangan ini dimulakan pada jam 8.30 malam di Ballroom, Hotel Lexis dengan ucapan aluan daripada YAA Dato’ Pengerusi. Beliau mengucapkan penghargaan kepada semua ahli persidangan yang dapat hadir pada kali ini dan menyatakan tekad untuk JKSM terus berusaha dengan gigih dengan kerjasama JKSN/MSN dalam menambah baik pengurusan pentadbiran kehakiman Syariah dan mendepani cabaran semasa.

Persidangan diteruskan dengan pengesahan minit dan maklumbalas persidangan pada hari pertama. Pada hari kedua Persidangan, agenda diteruskan dengan Pembentangan Laporan Mesyuarat Ketua-Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali Ke-75 Bilangan 1 Tahun 2024 dan diteruskan dengan pembentangan Kertas Makluman Kes Nik Elin: Nota, Impak dan Langkah Ke Hadapan Pasca Penghakiman yang dibentangkan oleh YBrs. Ketua Pendaftar JKSM. Seterusnya Persidangan membincangkan hal-hal lain khususnya berkenaan isu-isu serta cadangan tindakan-tindakan bersama ke arah pemerkasaan kehakiman Syariah seluruh negara.

π‘©π’‚π’‰π’‚π’ˆπ’Šπ’‚π’ 𝑷𝒆𝒏𝒅𝒂𝒇𝒕𝒂𝒓𝒂𝒏, π‘²π’†π’–π’“π’–π’”π’†π’•π’Šπ’‚π’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 π‘Ήπ’†π’Œπ’π’…

𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 π‘²π’†π’‰π’‚π’Œπ’Šπ’Žπ’‚π’ π‘Ίπ’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’‰ π‘΄π’‚π’π’‚π’šπ’”π’Šπ’‚

Last Updated on March 6, 2024

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024(1 event) July 10, 2024(1 event) July 11, 2024(1 event) July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024(1 event) July 16, 2024(1 event) July 17, 2024 July 18, 2024(2 events) July 19, 2024(2 events) July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024(1 event) July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024(2 events) July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024(1 event) July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024