MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN MUSAADAH DAGING KORBAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1444H ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN (KKS JKSM) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA TAHUN 2023

Putrajaya| Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Musaadah Daging Korban Sempena Hari Raya Aidlliladha 1444H bertempat di perkarangan lobi, JKSM tengahari hari ini.

Majlis dirasmikan oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM yang juga merangkap Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan JKSM.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Asmah binti Musa, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil JKSM yang turut merupakan peserta ibadah korban KKS dan penyumbang daging korban pada hari ini.

Ibadah korban KKS JKSM pada tahun ini turut disertai oleh YAA Dato’ sendiri; YA Puan Hajah Noor Hadina Binti Haji Ahmad Zabidi, Hakim Rayuan Syariah JKSM); Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM; Puan Azlina binti Abdul Aziz, Pengarah Kanan Pengurusan JKSM; Puan Maria binti Jilani, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM; Tuan Mohammad Radzi bin Sadiman, Penolong Pengarah Bahagian Latihan JKSM dan Encik Rizal Ismail, Juruteknik Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi JKSM.

Untuk rekod, hampir 80 orang warga JKSM telah menerima sumbangan daging korban yang mana mereka terdiri daripada kumpulan pelaksana (musaadah), ibu-ibu tunggal, Exco-Exco Puspanita JKSM dan Exco-Exco KKS JKSM.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua para peserta ibadah korban KKS JKSM tahun ini.

Semoga ibadah korban tahun ini diberkati dan dirahmati Allah swt. dan ganjaran pahala kepada mereka yang telah menyempurnakan ibadah korban.

Last Updated on July 4, 2023

Kalendar JKSM

Events in June 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024
June 3, 2024 June 4, 2024 June 5, 2024 June 6, 2024 June 7, 2024 June 8, 2024 June 9, 2024
June 10, 2024 June 11, 2024 June 12, 2024 June 13, 2024 June 14, 2024 June 15, 2024 June 16, 2024
June 17, 2024 June 18, 2024 June 19, 2024 June 20, 2024 June 21, 2024 June 22, 2024 June 23, 2024
June 24, 2024 June 25, 2024 June 26, 2024 June 27, 2024 June 28, 2024 June 29, 2024 June 30, 2024