Bengkel Dokumentasi Pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan JKSM 2021-2025

26 JANUARI 2022 (RABU) – Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada hari ini telah berjaya mengadakan Bengkel Dokumentasi Pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan JKSM 2021-2025 pada 25-26 Januari 2022 bertempat di Dewan Serbaguna Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim Lembut, JKSM.

Bengkel selama dua hari itu merupakan pelaksanaan bengkel terakhir dalam projek khidmat rundingan bersama Pasukan Perunding MAMPU dalam pembangunan PSP JKSM 2021-2025.

Pelaksanaan bengkel bertujuan menghasilkan struktur asas penulisan dokumen Pelan Strategik Pendigitalan JKSM 2021-2025 sebelum dokumen lengkap PSP dihasilkan.

YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Naim b Hj Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM turut merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Pasukan Perunding MAMPU yang bertungkus lumus dalam membantu JKSM dalam pembangunan PSP JKSM 2021-2025.

Laporan Penamatan Projek akan disediakan sebagai tanda tamatnya khidmat perundingan oleh Pasukan Perunding MAMPU dalam Pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan JKSM 2021-2025.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

March 29, 2024