Empat Hakim Syarie dilantik anggota Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah

SULTAN Sharafuddin (dua dari kiri) bersama penerima watikah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenaan menyerahkan watikah pelantikan kepada empat orang Hakim Syarie sebagai anggota Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dalam satu istiadat di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Mereka yang dilantik ialah Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, Mohd. Amran Mat Zain.

Pelantikan itu selaras dengan Subseksyen 57(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 itu berkuatkuasa pada 25 Ogos 2020 hingga 24 Ogos 2023.

Selain itu, turut dilantik ialah Datuk Mohamad Shakir Abdul Hamid dan Othman Ibrahim berkuat kuasa pada 4 Mei 2020 hingga 3 Mei 2023.

Pada istiadat tersebut juga, sembilan orang Hakim Mahkamah Rendah Syariah turut menerima watikah pelantikan iaitu Muhamad Hisyam Zakaria, Salmi Amalia Jamil, Nor Faiz Afsal Abu Bakar, Fairus Jaafar, ‘Afif Sofiuddin Abd. Ghani, Ahmad Faizal Tahiron, Muhammad Mustaqim  Darus, Siti Nazratul Ain Sulaiman dan Mohd. Fakhrurrazi Mahamad.

Sementara, Nur Afiqah Ismail dan Nurnazliya Zakaria turut dilantik sebagai pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah.

Kesemua pelantikan itu dibuat selaras dengan Subseksyen 59(1) dan Seksyen 60 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Watikah pelantikan turut diserahkan kepada Zakaria Jamil sebagai Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor dan tiga Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah melibatkan Siti Salmiah Ismail, Syahrul Syafie Hariths dan Ramizah Razali.

Yang turut hadir dalam istiadat tersebut ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Mohammad Adib Husain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Mohd. Shahzihan Ahmad.-UTUSAN

Sumber: Utusan

Last Updated on December 11, 2021

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024 July 10, 2024 July 11, 2024 July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024 July 16, 2024 July 17, 2024 July 18, 2024 July 19, 2024 July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024 July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024 July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024 July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024