EXIT CONFERENCE KAJIAN AUDIT TERHADAP PENGURUSAN PEMBINAAN KOMPLEKS IBU PEJABAT MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PAHANG

16 NOVEMBER 2022 (RABU) JAM 9.30 PAGI | YAA Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar telah mempengerusikan Mesyuarat _Exit Conference_ Kajian Audit Terhadap Pengurusan Pembinaan Komplek Ibu Pejabat Mahkamah Syariah Negeri Pahang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pagi ini.

Sesi laporan akhir ini adalah hasil susulan daripada tindakan Bahagian Audit Dalam, Jabatan Perdana Menteri yang telah mengadakan kajian audit terhadap Pengurusan Pembinaan Kompleks Ibu Pejabat Mahkamah Syariah Negeri Pahang bermula dari 21 Jun hingga 19 Ogos 2022.

Pengauditan ini diadakan bagi menentukan sama ada pengurusan pembinaan Kompleks Ibu Pejabat Mahkamah Syariah Negeri Pahang telah dilaksanakan secara cekap, teratur dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Skop pengauditan meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap pengurusan pembinaan Kompleks Ibu Pejabat Mahkamah Syariah Negeri Pahang yang melibatkan beberapa buah lokasi iaitu JKSM, JKSN Pahang, JKR Malaysia dan JKR Pahang.

Sesi penemuan telah dibentangkan oleh pasukan Audit Dalam yang diketuai oleh Encik Haffiz Bin Hashim, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Audit Dalam, Jabatan Perdana Menteri dengan beberapa penemuan terhadap kerosakan-kerosakan kecil pada bangunan.

Mesyuarat ini turut melibatkan Pasukan daripada Jabatan Kerja Raya Malaysia Dan Negeri Pahang bagi menjawab tindakan penambahbaikan yang telah dibuat hasil penemuan-penemuan tersebut.

Turut hadir dalam Mesyuarat ini adalah YBrs Tuan Haji Nassir Bin Abd Aziz (Ketua Pendaftar JKSM), Puan Azlina Binti Abd Aziz (Pengarah Kanan Pengurusan JKSM), Tuan Mohamad Zakian Bin Dio (Pengarah Kanan Kehakiman JKSM), Encik Adnan Bin Laden (Pengurus Besar Kanan Pembinaan;JKR Pahang), Encik Ir. Mohd Sufian Bin Othman (Jurutera Mekanikal Penguasa JKR Malaysia).

Pada kesempatan di dalam mesyuarat ini, Bahagian Audit Dalam, Jabatan Perdana Menteri telah mengucapkan tahniah kepada JKSM dan JKR Negeri Pahang yang telah menunjukkan komitmen penuh dalam memastikan segala proses pembaikan berjalan dengan lancar. Tahniah JKSM!

Last Updated on November 16, 2022

Kalendar JKSM

Events in June 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024
June 3, 2024 June 4, 2024 June 5, 2024(2 events) June 6, 2024(1 event) June 7, 2024 June 8, 2024 June 9, 2024
June 10, 2024 June 11, 2024(2 events) June 12, 2024 June 13, 2024(1 event) June 14, 2024(1 event) June 15, 2024 June 16, 2024
June 17, 2024 June 18, 2024 June 19, 2024 June 20, 2024 June 21, 2024(1 event) June 22, 2024 June 23, 2024
June 24, 2024 June 25, 2024 June 26, 2024 June 27, 2024 June 28, 2024 June 29, 2024 June 30, 2024