ISTIADAT PENGANUGERAHAN/PENGURNIAAN DARJAH DAN BINTANG KEBESARAN SELANGOR BAGI TAHUN 2020

27 November 2021 | YAA Dato’ Setia Dr Hj Mohd Na’im bin Hj Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia pagi ini telah menghadiri Majlis Istiadat Penganugerahan/Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor Bagi Tahun 2020 yang diadakan di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, Selangor.

Pengurniaan darjah dan bintang tersebut telah disempurnakan oleh Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Majlis yang sepatutnya diadakan pada tahun lepas terpaksa ditangguhkan dan diadakan pada hari ini susulan penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh negara dan dunia.

Untuk rekod, YAA Dato’ Setia Dr. telah dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke-75 yang lalu dengan membawa gelaran “Dato’ Setia”.

Darjah Kebesaran ini dizahirkan pada tahun 2002 dan bilangan kuota bagi Ahli yang dikurniakan Darjah Kebesaran Kelas Pertama ini lazimnya ialah 2 orang pada satu-satu masa dan bilang maksima keseluruhanya ialah 40 orang.

Ahli Lelaki yang menerima kurniaan ini berhak menggunakan gelaran “Dato’ Setia” dan Ahli Wanita yang menerima kurniaan ini berhak menggunakan gelaran “Datin Paduka Setia” manakala isteri kepada Ahli Lelaki diberi gelaran “Datin Setia”. Suami kepada Ahli Wanita tidak beri menggunakan apa-apa gelaran.

Last Updated on January 24, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024 February 27, 2024 February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024 March 15, 2024 March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024 March 19, 2024 March 20, 2024 March 21, 2024 March 22, 2024 March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024 March 26, 2024 March 27, 2024 March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024