KUNJUNG HORMAT KE ATAS MENTERI TUGAS-TUGAS KHAS NEGERI SABAH

28 April 2021 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Datuk Hj. Mohd Arifin bin Hj. Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas Negeri Sabah di Kota Kinabalu, Sabah.

Untuk rekod, pertemuan ini adalah yang pertama kedua-dua pihak sejak YB Datuk menjawat jawatan sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas Negeri Sabah bermula 8 Oktober 2020.

Tujuan kunjung hormat ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara JKSM, JKSN Sabah dan Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas yang merupakan peneraju dalam pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam dan pendidikan di Negeri Sabah, selain menjalankan fungsi yang sangat penting untuk menasihati kerajaan negeri berkaitan hal ehwal Islam dan perundangan Islam agar selaras dengan keperluan masyarakat di Sabah.

Selain itu, kunjungan hormat ini sangat penting untuk mendapatkan mandat bagi segala dasar dan peraturan-peraturan terbaharu agar pentadbiran JKSN Sabah menepati dan selaras dengan hala tuju kerajaan negeri tambahan pula Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah terletak di bawah seliaan dan pentadbiran Yang Berhormat Menteri Tugas-Tugas Khas sendiri.

Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak sempat membincangkan tentang Perjanjian Skim Gunasama antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Sabah terutama berkaitan pengisian jawatan dan penempatan pegawai selain membincangkan status projek pembinaan mahkamah Syariah di negeri Sabah serta laporan pengendalian kes rayuan Syariah oleh Panel Rayuan Syariah.

Antara yang turut serta dalam pertemuan tersebut adalah YA Datuk Jasri@Nasip bin Mat Jakir (Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM), YAA Tuan Alidin @ Ahmad Din Bin Okk Othman (Ketua Hakim Syarie, JKSN Sabah), Tuan Sapdin Ibrahim (Setiausaha Tugas-Tugas Khas), Tuan Hj Amat Md. Yusof (Setiausaha Politik Menteri) dan YBrs. Puan Surayah Binti Ramlee (Ketua Pendaftar, JKSN Sabah).

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in July 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
July 1, 2024 July 2, 2024 July 3, 2024 July 4, 2024 July 5, 2024 July 6, 2024 July 7, 2024
July 8, 2024 July 9, 2024 July 10, 2024 July 11, 2024 July 12, 2024 July 13, 2024 July 14, 2024
July 15, 2024 July 16, 2024 July 17, 2024 July 18, 2024 July 19, 2024 July 20, 2024 July 21, 2024
July 22, 2024 July 23, 2024 July 24, 2024 July 25, 2024 July 26, 2024 July 27, 2024 July 28, 2024
July 29, 2024 July 30, 2024 July 31, 2024 August 1, 2024 August 2, 2024 August 3, 2024 August 4, 2024