KUNJUNG HORMAT KE ATAS YAA TAN SRI ROHANA BINTI YUSUF PRESIDEN MAHKAMAH RAYUAN

31 Oktober 2022, Kamar Presiden Hakim Rayuan | Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, YAA Dato’ Setia Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar telah mengadakan kunjung hormat ke atas YAA Tan Sri Rohana binti Yusuf, Presiden Mahkamah Rayuan, bertempat di Istana Kehakiman.

Kunjung hormat ini diadakan bersempena persaraan YAA Tan Sri pada 9 November 2022 ini. Dalam pertemuan ini, YAA Dato’ Setia telah menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YAA Tan Sri di atas sumbangan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung terhadap institusi Kehakiman Syariah di Malaysia, khususnya bersempena dengan ucaptama beliau dalam Persidangan Kehakiman Syariah Antarabangsa yang telah diadakan secara dalam talian sebelum pada 29-30 September 2021 yang lalu.

Selain itu, YAA Tan Sri turut berkongsi pengalaman beliau sepanjang tempoh perkhidmatan, selain perkembangan kes-kes di peringkat Mahkamah Rayuan terutamanya proses pendengaran secara dalam talian yang semakin mendapat tempat di kalangan peguam dan pelanggan-pelanggan Mahkamah.

Untuk rekod, YAA Tan Sri yang berasal dari Bachok, Kelantan adalah merupakan Hakim wanita pertama dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan pada Disember 2019 yang lalu.

Last Updated on October 31, 2022

Kalendar JKSM

April 1, 2024

Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Melaka
Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor