KUNJUNGAN HORMAT JKSM KE JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA, MDI PUTRAJAYA

1 Disember 2021 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pengarah, Jabatan Insolvensi Malaysia, Putrajaya iaitu YBhg. Dato’ Anita binti Harun.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk menjalinkan kerjasama dan hala tuju bersama Jabatan Insolvensi Malaysia bagi penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah dan mut’ah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah terhadap orang yang diisytiharkan bankrap

Untuk rekod, JKSM telah membincangkan dan mencadangkan agar isu berkaitan dengan tunggakan nafkah menjadi keutamaan hutang yang perlu dijelaskan di bawah Akta Insolvensi 1967 [Akta 360].

Turut hadir dalam kunjungan hormat hari ini adalah Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan Kehakiman JKSM, Pengarah BPKR JKSM, Pengarah BDP JKSM, Ketua Penolong Pengarah BSK JKSM dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Insolvensi Malaysia.

Diharapkan agar pertemuan kali ini menjadi titik tolak ke arah way forward untuk memperkasakan perintah Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

Last Updated on February 12, 2022

Kalendar JKSM

Week of May 13th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 13, 2024 May 14, 2024 May 15, 2024 May 16, 2024 May 17, 2024 May 18, 2024 May 19, 2024