KURSUS PENGENDALIAN KES BERKAITAN KOS (LANJUTAN) ZON TENGAH

Putrajaya : Bahagian Latihan JKSM dengan kerjasama Jabatan Bantuan Guaman (JBG) telah berjaya menganjurkan Kursus Pengendalian Kes Berkaitan Kos (Lanjutan) Zon Tengah selama dua (2) hari pada 25 dan 26 Januari 2021.

Kursus secara atas talian melalui aplikasi zoom telah disampaikan oleh Tuan Mawardi Bin Che Man (Pegawai Penyelidik Hakim Mahkamah Rayuan) kepada semua pegawai-pegawai JBG yang berada di Ibu Pejabat Wilayah Persekutuan Putrajaya, Cawangan Selangor dan Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kursus ini dimulakan dengan slot pertama yang disampaikan oleh Tuan Zaim Bin Md Yudin (Timbalan Ketua Pengarah (Syariah), JBG) dan seterusnya itu para perserta diberikan pendedahan dan pratikal mengenai prosiding tuntutan dan taksiran kos di Mahkamah.

Kursus pada kali ini adalah siri yang terakhir daripada lima (5) siri kursus yang telah dirancang sebelum ini. Empat (4) siri sebelum ini telah diadakan pada 2-4 Mac 2020 (Zon Borneo), 11-13 Ogos 2020 (Zon Selatan), 13-15 September 2020 (Zon Timur) dan 5-6 Oktober 2020 (Zon Utara).

Adalah diharapkan agar program kerjasama untuk menganjurkan latihan yang komprehensif dan berkesan dapat diteruskan agar matlamat untuk meningkatkan kompentensi pegawai syariah dan sekaligus meningkatkan imej kehakiman syariah.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in May 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024(2 events) May 3, 2024(1 event) May 4, 2024 May 5, 2024
May 6, 2024(2 events) May 7, 2024 May 8, 2024 May 9, 2024(1 event) May 10, 2024 May 11, 2024 May 12, 2024
May 13, 2024 May 14, 2024 May 15, 2024 May 16, 2024 May 17, 2024 May 18, 2024 May 19, 2024
May 20, 2024 May 21, 2024 May 22, 2024 May 23, 2024 May 24, 2024 May 25, 2024 May 26, 2024
May 27, 2024 May 28, 2024 May 29, 2024 May 30, 2024 May 31, 2024 June 1, 2024 June 2, 2024